Resipi keria gula melaka cipta kelainan rasa

June 30, 2020
Azimah

PERNAH viral kuih yang satu ini dek kelainan ‘siraman’ gula padanya. Jika lazimnya, gula pasir putih yang digunakan, tetapi untuk resipi ini gula melaka pula mengambil tempat.

Pasti sekali sekala ada yang teringin makan kuih ini. Boleh sahaja dibuat sarapan pagi atau minum petang. Sudah tentu menjadi kegemaran seisi keluarga.

Buat mereka yang belum merasakan keenakannya, bolehlah cuba membuatnya ya…

Bahan-bahan:
1 kilo setengah keledek
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi (nak bgi keria rangup)
1 ketul setengah gula melaka
1 cawan air

Langkah-langkahnya:

Rebus keledek hingga empuk. Masa rebus letakkan sedikit garam.

Bila dah empuk, lenyekkan keledek tu, elok masa panas-panas hancur keledek tu. Biarkan keledek itu sampai betul-betul dah sejuk baru masukkan tepung…

Campurkan tepung dan keledek.
pastikan keledek betul-betul sejuk, baru masukkan tepung gaul sebati.

Bentukkan adunan tadi, goreng hingga kekuningan. Ketepikan sebentar.

1- Masukkan gula melaka dan air. Masak hingga memekat dan buih-buih gula menjadi halus.

2- Masukkan keria. Gaul gula hingga rata. Tutup api, gaul sampai keria bersalut cantik. Sedia untuk dihidang…
Selamat mencuba!

Kredit: Hannan Ariffin

Komen

About Azimah

Biodata Penulis