Resipi kuey teow ala-ala kopitiam sedap, masak pun mudah je
Resipi kuey teow ala-ala kopitiam sedap, masak pun mudah je
SEDAPNYA kuey teow ala-ala kopitiam ni, simple dan menyelerakan. Anak-anak pasti menggemarinya.
Nak masak pun sangat mudah. Dalam masa 30 minit dah boleh siap masak.
Kalau tak ada kuey teow dekat rumah tak perlu susah hati boleh sahaja gantikan dengan bihun, suhun, mi kuning atau mi kering. Memang sedap dan layan habis!
Resipi yang dikongsi oleh Siti Rahayu ini sesuai dijadikan sajian keluarga pada bila-bila masa. Pasti kena dengan selera.
Menu ini juga popular dengan nama kuey teow Th'ng. Dijamin sekali hirup pasti nak lagi.
Bahan-bahan;
- Kuey teow
- Isi ayam
- Bebola ikan
- Fishcake
- Kiub pati ayam
- Serbuk lada putih
- Cili kicap
- Minyak bawang putih
Cuba juga Wajib cuba resipi Char Kuey Teow ni… menawan dan padu rasanya
Cara membuatnya;
SUP:
1. Rebus isi ayam hingga mendidih, masukkan bebola ikan dan fishcake.
2. Masukkan satu kiub ayam dan serbuk lada putih.
3. Keluarkan isi ayam dari kuah sup. Sejukkan dan carikkan isi ayam.
4. Sambil tunggu sup masak, cuci kuey teow untuk buang lebihan minyak. Toskan.
5. Masukkkan kuey teow dalam mangkuk. Susun isi ayam, sendukkan sup berserta bebola ikan dan fishcake. Masukkan juga cili kicap dan minyak bawang putih. Sedia untuk dinikmati.
CILI KICAP:
- Potong cili dan campurkan dengan kicap masin.
Cuba juga Hampir 5,000 shares, wanita kongsi resipi sup Wantan halal, homemade, mengiurkan
MINYAK BAWANG PUTIH
- Cincang satu labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali kecil, masukkan bawang putih tadi. Goreng dan kacau hingga bawang garing dan kekuningan kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus nanti pahit.
Sumber: Siti Rahayu Ahmad
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang