Resipi Kuih Cara manis sukatan cawan sedap!
HARI ini SinarPlus ingin berkongsi salah satu antara kuih tradisi Melayu yang sangat digemari terutamanya apabila bulan Ramadan iaitu Resipi Kuih Cara.
Kuihnya berwarna hijau-hijau muda daun pandan. Rasanya yang manis-manis memang mudah diterima orang. Tak kira yang besar ataupun kanak-kanak.
Tapi kalau nak lagi sedap, bahagian luar atau kulit kuih cara ini dibuat garing-garing. Baru sedap garing di luar, manis lembut dan sedikit cair-cair di bahagian dalamnya.
Jom kita layan resipi di bawah.
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa fresh
- 3 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 2 biji telur
- Secubit garam
- pasir (untuk inti)
- Sedikit minyak masak (untuk sapu dekat acuan)
Cara-caranya:
1)Mula-mula panaskan acuan di atas dapur, sementara itu kisar daun pandan bersama santan dan tapis. Selepas itu campurkan dengan tepung gandum, telur, pewarna, garam dan kacau hingga sebati. Untuk memastikan adunan tidak berketul boleh tapiskan.
2)Sapu minyak pada acuan yang sudah dipanaskan, tujuannya untuk elak melekat dan nak bagi kulit luar kuih cara itu garing sikit. Tapi jangan sampai minyak bertakung dalam acuan.
3)Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan. Tip untuk elakkan comot dan adunan terlebih melimpah daripada acuan, gunakan bekas yang ada muncung. Senang nak bajet berapa banyak nak letak dalam acuan.
4)Masukkan sedikit gula di tengah kuih kemudian tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Masak menggunakan api perlahan hingga kuih masak.
5)Akhir sekali, apabila sudah masak angkat dan keluarkan kuih dari acuan dan lekatkan sepasang-sepasang. Siap!
Kuih Cara manis ini sangat sedap dibuat makan masa berbuka puasa. Rasa manis dia sedap je meluncur dalam anak tekak. Kalau anda nak buat kuih Cara, bolehlah cuba Resipi Kuih Cara ini. Selamat mencuba!
PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: FACEBOOK
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang