LEMPENG sememangnya menjadi kesukaan ramai terutama ketika sarapan. Namun buat yang sedang berdiet pastinya rasa bersalah untuk makan lempeng biasa kerana ia berasaskan tepung dan telur.

Oleh itu Sinar Plus kongsikan resipi lempeng sihat tanpa menggunakan tepung khas untuk anda.

Resipi lempeng pisang coklat

Bahan-bahan:

  • 1 biji pisang
  • 50 g oat roll
  • 75ml susu badam (boleh guna susu lain kesukaan anda)
  • Jem
  • Minyak kelapa secukup rasa
  • Serbuk kayu manis
  • Garam
  • Chocolate chips

Cara membuat:

1. Lenyekkan pisang dengan mengunakan garfu
2. Masukkan oat, sedikit kayu manis dan jem. Gaul rata
3. Kemudian masukkan susu badam dan gaul rata
4. Panaskan minyak kelapa dan pastikan api kecil sahaja
5. Tuangkan satu senduk campuran lempeng tadi mengikut saiz lempeng yang anda inginkan
6. Masak lempeng sehingga ia kelihatan gelembung dan terbalikkan
7. Letakkan chocolate chips di atas lempeng tadi
8. Siap dan sedia dihidangkan panas-panas

Resipi lempeng koko oat

Bahan-bahan:

Iklan
  • 2 biji telur
  • 100 g oat
  • 75ml susu rendah lemak
  • 25 g serbuk koko
  • 2 sudu kecil vanilla esen
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu baking soda
  • 1 sudu minyak kelapa
  • Garam
  • Serbuk kayu manis
  • Perasa sirap coklat

Cara-cara

1. Pertama sekali campurkan susu dan serbuk koko
2. Kemudian masukkan oat, telur yang dipukul, vanilla esen, baking soda, garam dan masu. Gaul rata campuran itu
3. Panaskan minyak kelapa dengan api kecil
4. Tuangkan satu senduk campuran lempeng tadi mengikut saiz lempeng yang anda inginkan
5. Masak sehingga ada gelembung dan terbalikkan ia
6. Selepas siap, letakkan di atas pinggan dan letakkan perasa sirap coklat atau apa sahaja topping yang anda inginkan seperti buah-buahan

Iklan

Mudahkan cara penyediaan lempeng tanpa tepung ini. Jadi sekarang buat anda yang berdiet sudah tiada masalah untuk makan lempeng. Selamat mencuba resipi lempeng yang sihat ini.

Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash