Sila log masuk terlebih dahulu.

Resipi mudah kek lapis kukus Sarawak Milo Horlick, rasa macam kat kedai, tak muak makan

A
A
A

Resipi mudah Kek Lapis Kukus Sarawak Milo Horlick, rasa macam kat kedai, tak muak makan

KEK lapis juadah tradisional negeri Sarawak. Menggunakan bahan-bahan premium, tidak hairanlah harganya juga agak mahal.

Juadah istimewa yang juga boleh dianggap sebagai 'seni makanan' unik diperkenalkan oleh generasi lama di Bumi Kenyalang ini sering dihidang dalam majlis-majlis khas dan perayaan seperti hari raya, Krismas, Deepavali.

Kek ini dipercayai dibuat di Jakarta, Indonesia sejak tahun 1970-an dan 1980-an. Pada masa itu, orang Betawi datang ke Sarawak dan mengajar mereka cara membuat Kek Betawi yang berempah.

Baca juga: Rempeyek resipi nenek sedapnya sampai 3,800 share, mudah sangat, rangup tak sedar habis sebalang

Baca juga: Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

Baca  juga: 4,500 share, cara mudah buat lemang cawan, tak perlu buluh, jimat duit & masa

Orang-orang Sarawak kemudian menambah dan mengubah bahan-bahan baru, rasa, corak dan warna yang menyebabkan versi baru kek lapisan telah diperkenalkan dan dinamakan sebagai kek lapis Sarawak.

Rasanya enak membuatkan ramai yang suka tapi harga boleh tahan ya. Sebuku kek lapis saiz kecil sahaja boleh mencecah puluhan ringgit. Jadi apa kata tahun ni kita cuba buat sendiri menggunakan resipi dikongsikan Ayunawita Aida Ja'afar ini. Namun awas katanya proses mengukus akan mengambil masa yang lama!

Baca  juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

KEK LAPIS KUKUS SARAWAK MILO HORLICK AIDILFITRI

Loyang saiz 8×8 inci

Bahan-bahan

450g mentega

1cawan gula kastor

10 biji telur gred A

1/2cawan susu pekat

1½cawan Horlick

1½cawan Milo

1 sudu teh esen vanila

½cawan susu cair

*3cawan tepung gandum (diayak)

*1 sudu teh baking powder(diayak)

*½cawan biskut kraker (kisar halus & diayak)

(Bahan bertanda * disatukan lepas ayak)

Cara penyediaan

1. Pukul mentega & gula kastor hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan esen vanila dan susu pekat, putarkan hingga sebati.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangi dengan susu cair. Putar hingga sebati.

5. Bahagi kepada dua adunan untuk Horlick dan Milo.

6. Panaskan pengukus.

7. Tuang dan ratakan adunan di dalam acuan dan kukus setiap lapis selama tujuh minit.

8. Untuk lapisan akhir, ia perlu dikukus selama 45 minit.

Baca  juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Sumber: Ayunawita Aida Ja'afar

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca