SEKALI-SEKALA bertukar menu menjamah nasi biasa kepada makanan ruji itu yang mempunyai warna dan rasa kadang boleh membangkitkan selera.

Yalah… tentu tak lalu juga nak makan menu yang sama pada setiap hari kan? Jika itu yang kita rasakan, apa kata cuba menu ala Arab yang dikongsikan SinarPlus kali ini.

Boleh bikin sendiri nasi mandy ayam ni rupanya tanpa membeli paket rempah yang sudah siap dengan kesemua bahan. Hasilkan sendiri pun boleh. Hanya perlukan sedikit usaha dan kerajinan untuk mencari sesetengah bahan di kedai.

Resipi NASI MANDY AYAM Mak Yang

BAHAN perapan AYAM:

1 ekor ayam – belah 2 dan dicuci bersih
1/2 tsp serbuk ketumbar
1/2 tap serbuk jintan manis
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk kunyit
3 tbsp minyak masak
2 tbsp serbuk kabsa – boleh beli di kedai makanan sunah @ gantikan dengan rempah kurma
2 biji bawang besar-hiris bulat
Sedikit pewarna kuning/safron dan pewarna merah
Aluminium foil.

CARA MEMASAK:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan. Perapkan dalam 25 minit.

2. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil.

3.Letak di atas ayam  bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

BAHAN NASI:

4 cawan beras basmathi Pusa king cap rambutan – rendam 20 minit dan toskan
4 tbsp  minyak sapi vanaspathi
5 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih –  hiris halus
2.5cm  halia – hiris halus
1/3 cawan kismis
2 tbsp rempah kurma
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning dan oren
2 tbsp Garam kasar secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak sapi tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.

2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.

3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.

Iklan

4. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.

5. Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.

6. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.

7. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.

Iklan

BAHAN SOS:
3 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau – hiris
1 tangkai batang ketumbar – halus
10 tangkai cili padi
1 tsp garam,
1 tbsp gula
Jus perahan lemon secukupnya

CARA MEMBUAT:

Masukkan semua bahan dalam pengisar.
Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Selamat mencuba!
#giatmaramalaysia

Kredit: Cikgu Yang Khalida Khalid via BIKMM