Resipi nasi tomato dan ayam masak merah simple, sedap

A
A
A

ADA yang rasa nak makan istimewa sikit hujung minggu ni? Apa kata cuba bikin nasi tomato dan ayam masak merah yang simple serta sedap ini.

Bahan-bahannya pun mudah dan lazimnya sudah tersedia di dapur. Cuba lari daripada rutin kita yang biasanya hanya makan nasi putih setiap hari.

Insya-ALLAH kalau ada yang sedang tak berselera itu, boleh telan air liur dibuatnya dek nak merasa.

Bahan nasi:

Ayam

Kiub

Ketumbar

Halia

Resipi Nasi Tomato 

Bahan-bahannya:

500gm beras

2 ulas bawang putih | dihiris

3 ulas bawang merah | dihiris

1 biji bawang besar | dihiris

125gm minyak sapi

2 kuntum bunga cengkih

2.5sm kulit kayu manis

190gm tomato pure

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Cara-Cara Memasak :

1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan hiris sehingga kekuningan.

2. Selepas itu masukkan pes tomato. kacau sehingga pecah minyak.

3. Masukkan beras, air secukupnya dan garam secukup rasa. Kacau rata.

4. Tutup periuk dan tanak sehingga masak. Jika suka boleh letak kismis.

5. Hidangkan bersama Ayam Masak Merah tadi.

Resipi Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam - potong kecil dan dibuang kulit

20 tangkai cili kering - dikisar

7 biji bawang merah kisar

3 ulas bawang putih kisar

sedikit halia kisar

sedikit lengkuas kisar

5 batang serai kisar - ambil bahagian yang putih sahaja

1 cawan santan pekat

tomato pure secukupnya

serbuk kunyit

garam

sedikit asam jawa

gula apong

Cara-Cara Memasak :

1. Lumurkan ayam yang dipotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.

2. Dengan minyak lebihan goreng ayam tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.

Masukkan santan dan kacau lagi.

3. Tambahkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa dan kacau sebati.

4. Masukkan sos tomato dan kacau lagi.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.

6. Kacau sekali-sekala dengan api sederhana hingga ayam dan bahan-bahan tumis tadi benar-benar mesra, bolehlah dihidang.

Selamat mencuba!

Kredit: Nur Pyja Abdullah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca