Resipi paling mudah tauhu begedil dengan sambal kicap berapi, sedap berbaloi buat sendiri
Resipi paling mudah tauhu begedil dengan sambal kicap berapi, sedap berbaloi buat sendiri
SESEKALI teringin nak cuba membuat tauhu begedil padat isinya dengan inti lauk kegemaran? Cicah pula bersama sambal kicap. Aduhai sedapnya!
Buat sendiri sahaja jauh lagi sedap berbanding dibeli di luar. Mana tidaknya, jika kita buat sendiri terpulang pada kita nak intinya bagaimana.
Intinya yang padat dengan isi daging atau ayam bersama kentang itulah yang membuka selera.
Tambah lagi kalau home made ni, kebersihan pun terjamin selain berbaloi nak menikmatinya kan. Boleh makan puas-puas!
Kalau beli ni, harganya pun boleh tahan mahalnya. Jadi, jom kita buat.
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti;
- Kentang dipotong nipis [Beli di sini]
- Bawang merah dihiris [Beli di sini]
- Bawang putih dihiris [Beli di sini]
- Daging dicincang secukupnya - ditumis berasingan hingga masak
- Tauhu
- Garam dan perasa secukupnya [Beli di sini]
- Daun bawang atau daun sup
- Lada sulah secukupnya
- Minyak masak [Beli di sini]
- 3 hingga 4 biji telur
Cara membuatnya;
1. Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
2. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam bekas kemudian tumbuk halus.
3. Tumis daging cincang yang telah diasing tadi, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup atau daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.
4. Ambil tauhu, potong bentuk X permukaan atas, keluarkan isinya dan campur sekali kedalam inti tadi dan sumbat tersebut dalam tauhu sehingga padat.
5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng) pukul dengan sedikit garam ketepikan.
6. Celup tauhu pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan, siap untuk dihidangkan bersama sambal kicap.
Bahan sambal kicap;
- Cili padi hijau
- Cili padi merah
- Bawang putih
- Kicap manis
- Garam dan gula secukup rasa
Cuba juga Sedapnya kuih mochi, ini resipi versi Melayu sukatan cawan inti kacang merah lembut & kenyal
Cara membuatnya;
1. Satukan semua bahan dan kisar halus.
2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.
3. Angkat dan sedia dihidangkan bersama tauhu bergedil.
Selamat mencuba! Boleh dijadikan hidangan minum petang atau sarapan pagi.
Resipi dan foto : Naddy's Kitchen
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang