Resipi rendang ayam pencen sedap dan mudah, ini sukatan untuk seekor

RENDANG sajian wajib dihidangkan di meja pada hari raya.

Ramai yang menggemari rendang daging, ayam atau kerang tetapi rendang ayam pencen pula special dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Rasa isinya manis dan harga yang lebih murah menjadikan ayam pencen sebagai pilihan para penggemarnya.

Resipi rendang ayam pencen oleh Nor Hasnah Abdul Kadir ini nampak sedap dan elok kejadiannya.

Masakan tidak, perkongsiannya itu menerima 3,000 tanda suka dan 1,800 share.

Rendang Negeri Sembilan dimasak dengan pelbagai ramuan hingga terbit minyak itu nampak sedap dan penuh perisa.

Tidak hanya makan sendiri, menurut Nor Hasnah, beliau pernah berniaga rendang yang dihasilkan menggunakan resipi itu.

Iklan
Iklan

RENDANG AYAM PENCEN

Bahan
1 ekor ayam pencen
1 kg santan pekat
1 genggam cili api (dikisar)    [BELI DI SINI]
1 genggam bawang merah hiris    [BELI DI SINI]
1/2 genggam bawang putih    [BELI DI SINI]
1/2 genggam halia (dihiris)    [BELI DI SINI]
1/2 genggam kerisik    [BELI DI SINI]
5 batang serai (diketuk)    [BELI DI SINI]
2 keping asam keping    [BELI DI SINI]
Garam dan kunyit secukupnya

Cara penyediaan

1-Masukkan air paras ayam dan rebus ia dengan semua bahan kecuali kerisik kira-kira selama dua jam.

2-Dalam tempoh itu, anda boleh menambah air pada kuantiti yang sama sekali lagi.

3-Selepas itu, masukkan santan dan kerisik.

4-Renihkan rendang sehingga kering.

5-Sedia untuk dihidang!

Baca juga: Petua mudah ayam kampung, ayam pencen cepat empuk, masukkan bahan ini masa rebus

TIP RENDANG AYAM PENCEN 

Selain resipi, Nor Hasnah turut berkongsi tip agar rendang ayam pencen ini bertambah sedap.

a)Beliau menyarankan agar semua bahan dihiris.

b)Serai pula hanya dititik atau diketuk.

c)Selain itu, beliau tidak memasukkan gula kerana mahu rendang yang dihasilkan rasa manis hanya daripada pati santan sahaja.

Selamat mencuba!

Baca juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!

INFO AYAM PENCEN

  • Ayam pencen terdahulu adalah ayam yang hanya menghasilkan telur.
  • Ia disebut sebagai ayam pencen setelah habis tempoh penghasilannya.
  • Ayam pencen selalunya berumur lebih dari tujuh hingga lapan bulan berbanding ayam kampung organik iaitu di bawah tiga bulan.
  • Oleh kerana ayam pencen agak tua, justeru isinya lebih liat. Ayam ini perlu direbus atau direnih lama untuk mendapatkan tekstur yang lembut.
  • Ayam pencen dijual dengan harga yang lebih murah berbanding ayam kampung mahupun ayam daging.

Baca juga: Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

Sumber: Nor Hasnah Abdul Kadir , Afzy Marketing

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

13 hours ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

14 hours ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

14 hours ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

14 hours ago

Justin Bieber bakal bergelar bapa, Hailey hamil 6 bulan kongsi foto baby bump

SIAPA tidak kenal penyanyi lagu Baby yang popular 10 tahun lalu. Kini meningkat dewasa, Justin…

16 hours ago

Kediaman Angah Raja Lawak raih perhatian, dapur macam kitchen restoran. Sempoi. ‘Rumah besar, suami pandai masak. Bestnya’

BAGI yang mengenali Angah Raja Lawak, pasti tahu beliau cukup aktif dalam lakonan dan juga…

18 hours ago