Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

DAGING dendeng salah satu menu wajib ada pada hari raya. Kebiasaannya daging dendeng dihidang bersama dengan ketupat, lemang dan nasi himpit.

Dah bosan dengan rendang dan kuzi, apa kata tahun ni buat daging dendeng pula. Selain dimakan dengan ketupat dan lemang, ia juga boleh sahaja dijadikan lauk untuk dimakan dengan nasi putih atau roti. Daging dendeng ni memang versatile!

Baca  juga: 4,500 share, cara mudah buat lemang cawan, tak perlu buluh, jimat duit & masa

Iklan
Iklan

Baca  juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

“Resipi dendeng ni sebenarnya ada banyak. Lain orang, lain cara buat dendeng. Ikut selera masing-masing. Kebanyakan resipi ni memang datang dari orang lama seperti nenek atau mak kita

“Siapa suka makan daging dendeng boleh cuba resipi ni. Anda nak buat jual pun boleh. Daging dendeng ini kalau nak beli sekilo memang mahal tapi Alhamdulillah rezeki saya tetap tak putus,” kongsi Jue Izam Jaafar yang mewarisi resipi daripada ibunya yang berdarah Minang.

Baca  juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu

Resipi Daging Dendeng

Bahan-bahan

1 kg daging batang pinang
5 ulas bawang merah*
Seulas bawang putih*
50 gram lada hitam *(suka pedas boleh tambah)
4 sudu besar cili kisar
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai(dititik)
Kicap jenama Jalen lemak manis

Cara penyediaan

1-Tumbuk bahan bertanda *

2-Rebus daging, angkat sejukkan dan hiris.

3-Tumbuk nipis setiap kepingan daging menggunakan lesung.

4-Gaul rata dengan kicap lemak tadi dan perap sekejap dalam 10 minit.

5-Gaul mesti rata dan pastikan semua daging mesti bersalut kicap. Kicap lebih tak mengapa.

6-Selepas 10 minit goreng daging yang diperap. Pastikan jangan terlampau garing. Angkat, tos dan ketepikan.

7-Tumis kayu manis sehingga naik bau. Kemudian masukkan serai.

8-Masuk semua bahan tumbuk. Apabila naik bau masukkan cili kisar.

9-Tumis sehingga cili masak dan masukkan daging yang telah di digoreng tadi.

10-Gaul rata dan tutup api. Angkat dan sedia dihidang.

“Kalau ikut resipi ni betul-betul tak perlu garam atau gula sebab rasa tu sudah cukup daripada kicap tadi.

“Kalau ada yang suka nak tambah garam gula boleH jer, ikut selera masing-masing,” kongsi Jue.

Baca  juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: Jue Izam Jaafar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Daripada sendirian, kini telah berdua.’ Muat naik video majlis perkahwinan, ramai teka Raja Azura nikah?

PELAKON dan pengacara terkenal, Raja Azura memuat naik hantaran video yang memaparkan dirinya dalam satu…

13 hours ago

Pemandu Bezza merah remuk teruk terselamat tragedi pokok tumbang, ucapan syahadah buat ramai sebak, rupanya amal selawat 1,000 kali sehari

INSIDEN pokok tumbang di ibu negara Selasa lalu yang melibatkan 17 kenderaan menggemparkan tanah air.…

14 hours ago

Terima kepingan emas sebagai mas kahwin, Mahalini sah milik Rizky Febian dengan sekali lafaz

PENYANYI popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan dalam upacara…

1 day ago

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

1 day ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

1 day ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

1 day ago