Resipi roti boy viral
PERINTAH kawalan pergerakan (PKP) ini membuatkan ramai orang 'craving' nak makan makanan yang sebelum ini kita beli sahaja di kedai.
Sudah tentu antara kita telah mencuba pelbagai resip-resipi viral yang didapati dalam media sosial.
Kini, ada resipi roti boy viral yang menjadi trending. Jadi kepada yang mengidam nak makan roti boy bolehlah cuba resipi ini!
Bahan-bahan untuk roti:
- Tepung Gandum 300gram (anggaran 3 cawan)
- Gula 70gram (2/3 cawan)
- Mentega 30gram
- Telur sebijik
- Yis 1 sudu besar
- Susu segar 150ml (pastikan suhu biliki, bukan sejuk)
- Salted butter (untuk letak dalam doh roti)
Cara penyediaan:
- Masukkan yis sesudu ke dalam susu segar.
- Kacau perlahan-lahan dan biarkan yis tu kembang dalam 10 minit.
- Ambil bekas besar gaulkan mentega, tepung dan gula kemudian masukkan telur dan gaul sehingga sebati.
- Okay yis dah kembang ambil dan tuangkan ke dalam adunan tepung tadi.
- Uli sampai doh tak melekat pada tangan anda.
Dah siap uli biarkan doh berehat selama sejam. Pastikan tutup bekas doh ini rapat-rapat tau. Anda boleh tutup dengan plastik wrap, atau kain lembap.
Sejam kemudian adunan akan kembang sekali ganda saiz daripada asal. Tumbuk-tumbuk doh untuk untuk keluarkan angin yang ada dalam doh.
Ambil doh tadi, buat bulat mengikut saiz yang anda mahukan dan letakkan salted butter di atas doh sebelum mengemaskan bulatan.
Kalau doh melekat-lekat kat tangan boleh guna tepung gandum ratakan atas tapak tangan supaya senang nak bentukkan bulat nanti.
Dah siap bulatkan doh tadi sekarang biarkan dulu roti ni berehat dalam 10-15 minit.
Bahan-bahan untuk topping:
- Tepung gandum 50 gram
- Gula 40 gram
- Mentega 60 gram
- Telur sebiji
Serbuk nescafe 3 sudu, bancuh dengan air suam (jangan terlalu cair). Sementara rehatkan roti, pukul mentega dan gula sehingga creamy di dalam bekas lain.
Larutkan serbuk nescafe bersama air suam dan kacau sehingga sebati. Masukkan nescafe yang dah larut ke dalam adunan mentega dan gula tadi bersama dengan telur dan tepung gandum.
Letak topping yang dah buat tadi dekat atas bulatan doh. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar roti boy pada suhu 170 degree selama 20 minit gunakan api atas bawah.
Dah siap dan dicadangkan makan panas-panas!
Selamat mencuba!
Sumber: Fb Maisarah Zakaria
Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang