Resipi shellout paling ‘simple’, boleh share bersama keluarga!

A
A
A

SEKARANG ini hari hari kena fikir nak masak apa lagi lagi dalam musim PKPB ini, susah kalau nak makan sekeluarga diluar kerana perlu menjaga ‘social distancing’ dan perlu duduk meja selang seli.

Kalau yang mempunyai bilangan keluarga yang besar, lagi susah. Jadi tak bestlah kan tak dapat nak makan semeja dengan ahli keluarga sendiri?

Hah, apa kata makan malam hari ini anda cuba resipi shellout simple menggunakan bahan apa yang ada di rumah sahaja.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ketam
  • 1/2 kg sotong
  • 1/2 kg udang
  • 1 biji jagung manis (potong & rebus)
  • 6 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • halia besar ibu jari
  • 5 tangkai lada kering
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan Baba’s
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun limau purut
  • Carrot
  • Brokoli
  • Bunga kubis
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit hirisan lemon (tujuan untuk hiasan)

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Mula-mula potong sayur carrot, brokoli dan bunga kubis. Siang seafood. Basuh bersih semua sekali. Kemudian rebus dengan air panas. Sewaktu rebus ketam, sotong dan udang, air rebusannya simpan sedikit untuk masukkan dalam sos atau kuah nanti.

2. Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering dan halia. Kemudian tumis daun kari dan serai dengan minyak dan barulah masukkan bahan-bahan kisar. Anda perlu Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan bancuhan serbuk kari, lepas tu tumis sampai pecah minyak sekali lagi. kemudian masukkan sos tiram, sos cili.

4. Masukkan air rebusan seafood, asam jawa, gula, kiub ayam (kalau tiada kiub ayam masukkan garam dan perasa) Perasakan secukup rasa masam manis, masin, pedas semua. Masukkan daun limau purut.

5. Masukkan seafood. Gaulkan sampai sebati dengan kuah tadi.

6.Siap!

Wajib dihidangkan dengan nasi, barulah rasa seperti dekat kedai. Betul tak? Anda boleh cuba sebab berbaloi sangat kalau buat sendiri.

Semoga bermanfaat kepada semua dan selamat mencuba.

Sumber: FB Noor Atikah Mohammed

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca