Resipi susu pekat manis homemade yang anda wajib cuba!

A
A
A

SUSU pekat manis boleh dikatakan bahan yang mesti ada di dalam peti sejuk di setiap rumah.  Susu pekat manis ini selalu digunakan dalam manisan atau minuman sebagai penambah rasa lemak lebih sedap daripada semata-mata gula.

Oleh itu, Sinar Plus ingin berkongsi resipi untuk membuat susu pekat manis homemade, hanya menggunakan empat bahan sahaja. Anda tak perlu keluar pergi ke kedai lagi dah!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan/100gm susu tepung
  • 2/3 cawan/125gm gula
  • 1/3 cawan/60ml air suam
  • 1/4 cawan marjerin (lebih kurang 1 sudu makan sukat membukit)

Cara-caranya:

1)Masukkan air suam dalam pengisar.

2)Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain.

3)Kisar halus hingga berkrim dan kacau sedikit dengan sudu. Jika rasa kurang pekat boleh tambah sedikit susu tepung.

4)Siap! Boleh disimpan dalam bekas kedap udara kemudian susu pekat manis ni perlu disimpan ke dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti sejuk ia akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.

Senang je rupanya! Anda boleh cuba di rumah. Semoga bermanfaat.

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH, YOUTUBE

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca