'Yang beri kegembiraan layak jadi menantu mama' - 6 tahun tunggu kes selesai, ibu Syed Saddiq kagum kesetiaan Bella Astillah

No Image Caption
A
A
A

IBU Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman, iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga berhubung perkembangan terbaharu membabitkan anaknya itu.

Bersyukur keputusan mahkamah menyebelahi anaknya, bekas guru itu mengakui sebelum ini dia tidak berani untuk membuat sebarang persiapan perkahwinan sehinggalah kes mahkamah anaknya selesai.

"Sekarang memanglah. Sebelum ni mama tak berani, sayang. Tapi alhamdulillah. Mudah-mudahan dengan keizinan ALLAH semua berjalan dengan lancar. Kita berdoa bersama-sama. Ini semua ketentuan Allah. 

"Sama juga apa yang berlaku hari ini, enam tahun turun naik mahkamah dan sekarang, insya-ALLAH dalam beberapa bulan ni, kebahagiaan diberi kepada sepasang mempelai,"ujarnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata tersebut mengakui, wanita yang ingin menjadi pasangan kepada anaknya bukanlah satu tugas yang mudah kerana perlu kuat berdepan ujian.

"Apa yang mama dapat katakan, seseorang yang ingin mendampingi Syed Saddiq tidak mudah kerana dia kena turun naik mahkamah sebelum ni. 

"Jadi mama selalu terfikir, adakah dia akan dapat pasangan yang boleh berkorban bersama dia?  Alhamdulillah Bella sanggup.

"Mama berterus terang apabila orang tanya bila majlis, mama  tidak ada jawapan. Mama hanya tunggu keputusan mahkamah hari ini. 

Artikel Berkaitan:

"Jadi bila keputusan memihak kepada Saddiq, hati mama gembira. Insya-ALLAH mudah-mudahan dengan keizinan ALLAH, mereka dapat bersama," ujarnya lagi.

No Image Caption

Dalam pada itu, bekas guru Bahasa Inggeris berkenaan menyifatkan Bella Astillah dan anak bongsunya mempunyai keserasian yang cukup tinggi. Malah kedua-duanya dilihat saling menyokong dan sanggup bersusah senang bersama.

"Sebab kita nampak Bella, orang kata macam berjuang sama-sama Saddiq dalam mencari rezeki. Kerana Saddiq tak ada peruntukan, tak ada apa. Dan kemudian, dia memberi kegembiraan.

"Orang yang boleh memberi kegembiraan untuk anak mama, orang itulah yang layak untuk menjadi menantu mama," katanya.

Sekadar info, pasangan berkenaan terdahulu melangsungkan pertunangan pada 28 Mac lalu.

Syed Saddiq, 34, dibebaskan atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

No Image Caption

Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Menteri Belia dan Sukan itu wajar dilepas dan dibebaskan.

Sementara Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mempengerusikan panel tiga hakim, menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila mendapati Syed Saddiq bersalah.

Keputusan majoriti berkenaan sekali gus menyaksikan rayuan akhir pendakwaan ditolak, selain membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November 2023.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang