Resipi tose mudah guna tepung atta, 6 khasiatnya untuk kesihatan wanita

A
A
A

SELAIN capati, tose adalah salah satu sajian masyarakat India yang menjadi kegemaran segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Kali ini apa kata kita belajar membuat tose menggunakan tepung atta pula.

Tose lazimnya dibuat daripada bancuhan yang melalui proses penapaian yang terdiri daripada beras, kacang dal hitam (urad dhal) dan ditambahkan dengan rempah-ratus untuk menambahkan rasa.

Baca juga: Jom masak Kentang Varuval sempena meriahkan sambutan Deepavali. Semua bahan ada di dapur

Lazimnya, tose dihidangkan untuk sarapan bersama dengan aneka jenis kuah cecahan seperti kuah dal, kari ayam, kari ikan atau cutni iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta perencah rempah dan cili.

Berbicara mengenai tose, kecur air liur penulis dibuatnya. Justeru apa kata terus kepada bahan dan langkah penyediaan yang dikongsikan pengguna Facebook Nihmathunisha Hassan.

Baca juga: Pani puri masakan tradisi India sesuai untuk kudapan petang. Ini cara penyediaan paling senang

Uniknya resipi tose beliau menggunakan tepung atta (tepung gandum bijirin penuh) yang baik untuk kesihatan.

Berikut adalah bahan bancuhan tose sesuai dihidang untuk 10 orang:

BAHAN-BAHAN

3 cawan (600gram) tepung atta

2 biji telur

½ sudu kecil baking soda

1 sudu kecil garam

3 cawan (600ml) air

LANGKAH PENYEDIAAN

1) Gaul sebati semua bahan guna mesin pengadun. Pastikan bacuhan sebati dan tiada ketulan tepung.

2) Perap bancuhan tose selama 30 minit.

3)Kemudian kacau sekata adunan tose ini sebelum dituangkan nipis di atas kuali leper yang telah dipanaskan.

4)Masak sehingga garing atau mengikut tesktur yang manda gemari.Siap!

5)Hidang bersama kuah kari atau chutni.

Baca juga: Ubah selera hujung minggu ini dengan resipi unik kacang pool, lagi puas hati dan sedap!

Manfaat tepung gandum bijirin penuh atau tepung atta

1. Jantung yang sihat: Mengambil tepun gandum bijirin penuh untuk sarapan pagi dalam bentuk bijirin atau roti boleh memberi manfaat menghalang serangan jantung. Bijirin penuh mempunyai nutrien penting yang mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

2. Nutrien penting: Tepung gandum bijirin penuh mengandungi beberapa lemak, mineral, serat dan protein yang banyak. Diet kaya serat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan terutama bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

3. Kekal bertenaga: Pengambilan tepung gandum dalam kuantiti yang sederhana membekalkan tenaga sepanjang hari kerana ia mempunyai karbohidrat, kanji dan gula. Ia juga boleh membantu anda mengurankan risiko sembelit, loya dan gangguan penghadaman yang lain. Ia malah boleh meningkatkan imuniti anda.

4. Mengawal paras gula dalam darah: Tepung gandum bijirin boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah anda rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat diubah oleh tubuh manusia menjadi glukosa. Glukosa masuk ke dalam darah anda dan membekalkan sel dengan gula. Makanan yang terdiri daripada tepung mengandungi indeks glisemik yang tinggi supaya darah cepat mendapat gula.

5-Membantu penglihatan: Vitamin E, niasin dan zink di dalamnya merendahkan risiko degenerasi macular dan katarak dan menjamin kesihatan mata.

6-Kawal Sindrom Pra-haid (PMS): Kandungan vitamin B dan magnesium dalam gandum keseluruhan meredakan simptom PMS, Pelbagai kajian telah dijalankan terhadap kesan positif sebatian kuman gandum (vitamin B6 dan E, Kalsium dam asid penting) terhadap mengurangkan simptom PMS.

Tidak sangka, rupanya banyak khasiat tepung atta. Moga info ini memberikan manfaat!

Baca juga: Sangeeta sediakan hidangan Melayu, Cina, India sempena Deepavali. Buat kollam juga jadi aktiviti wajib 

Sumber: FB Nihmathunisha Hassan, doctor.ndtv.com, The Anil Group

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca