SEBUT sahaja masakan buttermilk cheese, ramai terbayangkan keenakan udang, ayam atau ikan dori disaluti kuah berlemak yang kaya dengan rasa keju.

Ramai peminatnya buttermilk cheese terutama sekali kanak-kanak. Untuk menu iftar hari ini apa kata gunakan udang. Memang sedap dan mengiurkan!

Baca juga: Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan

Baca juga: Senangnya buat kuih kaswi gedik, resipi confirm jadi hanya guna sukatan cawan

Resipi yang dikongsikan Madam Azlynn ini nampaknya ringkas dan mudah. Sempoi dan senang jer, lepas balik kerja masih pun sempat lagi hendak menyediakannya. Berikut bahan dan caranya:

UDANG BUTTERMILK CHEESE

Bahan-bahan
1/2 kg udang (dibersihkan)  [BELI DI SINI]
1 tin susu cair [BELI DI SINI]
2 ulas bawang putih – dicincang
1/4 biji bawang Holland – dipotong dadu [BELI DI SINI]
6-7 helai daun kari
1/2 kiub pati ayam [BELI DI SINI]
1/2 sudu serbuk kari [BELI DI SINI]
Sehelai daun pandan
Cili (opsyenal)
Sekeping cheese [BELI DI SINI]
Sedikit tepung jagung [BELI DI SINI]
1/4 sudu besar butter [BELI DI SINI]

Cara penyediaan

1-Perap udang dengan garam, gaul sebati dan simpan sebentar di dalam peti sejuk selama 10 minit.

2-Kemudian taburkan tepung jagung pada udang dan biarka ia bersalut rata.

3-Goreng udang terlebih dahulu sehingga udang berubah keemasan. Elakkan menggoreng terlalu lama.

4-Angkap udang, tos dan ketepikan.

5-Untuk kuahnya, panaskan kuali dan cairkan mentega.

6-Tumis bawang Holland, bawang putih, daun kari, hirisan cili dan daun pandan sehingga wangi dan kekuningan.

7-Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air.

Iklan

8-Bila sudah mendidih,masukkan susu cair kemudian masukkan kiub ayam, secubit garam dan setengah sudu kecil gula.

9-Kemudian masukkan cheese. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.

10-Bila kuah sudah pekat, tutup api.Tuangkan kuah ke atas udang.

Iklan

11-Siap dan sedia untuk dinikmati.

Baca juga: 3 langkah mudah buat Air Nabeez, Susu Kurma berkhasiat pemberi tenaga

Sumber: Mdm Az Lynn

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi