Rezeki dikongsi, berkat diperoleh, Coca-Cola Malaysia memupuk kebersamaan & santuni komuniti yang memerlukan
BULAN Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga tentang memberi, berkongsi dan merapatkan silaturahim.
Dalam semangat itu, Coca-Cola Malaysia kembali dengan inisiatif bermakna, menyantuni komuniti yang memerlukan sambil menyebarkan kegembiraan berbuka puasa.

Bayangkan, saat azan Maghrib berkumandang, lebih 3,000 individu di enam masjid seluruh Lembah Klang menikmati juadah berbuka yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga penuh kasih sayang.
Makanan itu disediakan oleh peniaga kecil tempatan, memastikan rezeki Ramadan mengalir kepada lebih ramai insan.
Di Masjid Bandar Enstek baru-baruini, Coca-Cola Malaysia menganjurkan Majlis Berbuka Puasa istimewa, suasana yang diwarnai dengan senyuman penduduk setempat, pemimpin komuniti, dan kakitangan syarikat.
Lebih daripada sekadar makanan dan minuman, ini adalah detik-detik yang menghidupkan makna kebersamaan.

Dengan inisiatif SiMAJU Kindness Crew, para pekerja Coca-Cola juga turun padang, membawa kebaikan dalam bentuk pek makanan berbuka.
Tambahan pula, kolaborasi dengan Lotus’s Malaysia dan K Fry Urban Korean memastikan lebih ramai mendapat manfaat daripada semangat pemberian ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
