OTITIS Externa adalah jangkitan kulit kering yang melitupi liang telinga luar, selalunya disebabkan bakteria atau kulit, dalam sesetengah kes.

Liang telinga dari gegendang telinga dan luar telinga, Otitis externa selalunya berlaku beberapa hari apabila  pergi berenang dan ia boleh menjadi akut atau kronik.

Keadaan kesihatan ini biasanya terjadi kepada kanak-kanak atau mereka yang kerap pergi berenang. Mereka yang mempunyai diabetes mellitus atau alergik kulit juga mudah mendapat jangkitan ini.

SIMPTOM-SIMPTOM

1. Sakit telinga menjadi lebih teruk apabila menarik cuping telinga atau menolak masuk dalam telinga

2. Kegatalan dalam telinga

3. Sedikit demam (kadang-kadang)

4. Nanah keluar dari telinga

5. Kehilangan sementara pendengaran dalam telinga

PUNCA-PUNCA

Jangkitan ini boleh bermula selepas berenang dalam air kotor. Selalunya, pseudomona dan bakteria lain yang hidup dalam air boleh menyebabkan otitis eksterna. Dalam kes-kes terpencil, jangkitan ini boleh disebabkan kulat. Antara sebab-sebab otitis externa lain termasuklah:

1. Regangan telinga atau dalaman telinga

2. Objek tidak dikenalpasti tersangkut dalam telinga

3. Bersihkan telinga terlalu kuat menggunakan sepit rambut, kapas kesat, atau objek lain yang boleh menyebabkan gangguan.

Otitis externa yang kronik boleh disebabkan alergik kepada sesuatu yang ada dalam telinga dan penyakit kulit kronik seperti ekzema atau psoriasis.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

Iklan

1. Kerap pergi berenang

2. Berenang dalam air yang mempunyai amaun bakteria tinggi

3. Bersihkan telinga dengan terlalu banyak seperti kapas kesat atau objek lain

4. Penggunaan alatan telinga yang berlebihan seperti ‘earphone’

5. Ada alergik kulit

Iklan

RAWATAN

Dalam kebanyakkan kes, ada yang perlu menggunakan titisan telinga yang mengandungi antibiotik selama 10 hingga 14 hari.

Rawatan lain termasuklah ambil antibiotik jika mempunyai jangkitan di tengah telinga atau luar telinga. Kortikosteroid akan digunakan untuk kegatalan atau keradangan.

Selain itu, gunakan pelega kesakitan seperti acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen (Advil, Motrin). Mereka yang ada otitis externa kronik perlukan rawatan jangka masa lama atau pemeriksaan susulan yang kerap untuk mengelak komplikasi.

Kredit: Dr Zubaidi Ahmad