Sakit hulu hati, abdomen sebelah kanan selepas makan tanda batu karang hempedu bukan gastrik

Siri 1

Bersama
Pakar Bedah A & Hepatobiliari
Hospital Pantai Sungai Petani, Kedah
Dr Mohd Fahmey Sabudin

SOALAN
LAZIMNYA selepas menikmati makanan pedas atau berminyak, saya berasa kurang selesa pada atas abdomen kanan dan kadangkala pedih ulu hati.

Pada mulanya, saya berpendapat gastrik. Bagaimanapun, keadaan bertambah perit seolah-olah ada sesuatu mencucuk abdomen apabila tidur dalam keadaan mengiring ke kanan.

Justeru, saya segera menjalani ujian ultrasound dan doktor mengesahkan terdapat sebiji batu karang di dalam hempedu.

Boleh doktor jelaskan apakah faktor yang menyebabkan berlakunya batu karang di dalam hempedu dan kesan jika lambat bertindak?
– INSAN BIMBANG, KLANG, SELANGOR

Iklan
Iklan

JAWAPAN
Pundi hempedu adalah satu organ berbentuk kantung terletak di bawah hati dan berfungsi menyimpan jus hempedu.

Jus itu akan mengalir ke dalam saluran hempedu dan disimpan dalam kantung sementara waktu sebelum dilepaskan ke duodenum (usus kecil) sewaktu kita makan.

Terdapat dua faktor utama punca batu karang di dalam pundi hempedu:
i. Ketidakstabilan komposisi larutan jus hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) di dalam pundi sehingga menyebabkan terbentuknya batu.

ii. Pundi hempedu tidak berfungsi seperti normal sama ada permukaan atau kontratiliti (mengecut) semasa melepaskan jus hempedu ke dalam usus kecil

Tidak dinafikan, sakit pada hulu hati dan perut sebelah kanan terutamanya selepas makan, antara simptom yang sering dialami individu yang mengalami masalah batu karang di dalam hempedu.

Namun begitu, gejala tersebut disalah erti sehingga ada melabelkan ia sebagai gastrik. Biasanya kesakitan dirasai selepas makan dan berlanjutan selama beberapa jam.

Sebenarnya, sebahagian besar individu yang mempunyai batu hempedu, tetapi tidak bergejala.

Bagaimanapun, sekiranya pesakit mula mengalami simptom yang dinyatakan, ia adalah petanda mereka berisiko tinggi dan akan mengalami komplikasi lain.

DR Mohd Fahmey (gambar kecil) menjelaskan kebanyakan individu menyangka mereka mengalami gastrik sedangkan gejala yang dialami itu adalah disebabkan batu karang di dalam hempedu . Jika lambat bertindak, organ lain berpotensi rosak sekali gus boleh meragut nyawa.

Batu karang boleh menyebabkan radang pada hempedu sehingga mengakibatkan demam, sakit perut, muntah dan hilang selera makan.

Selain itu, pesakit juga berdepan risiko sakit kuning (jaundice), seterusnya boleh menyebabkan jangkitan kuman yang serius (sepsis) dan radang pankreas (gallstone pancreatitis).

Berdasarkan kajian, wanita lebih berisiko mengalami batu hempedu berbanding lelaki. Ia mungkin disebabkan faktor hormon.

Kita juga mendapati kaum Hawa yang mengambil hormon (estrogen) dan ibu hamil antara berisiko mendapat batu karang.

Antara kategori lain adalah seperti individu yang mempunyai sejarah keluarga sakit batu hempedu, obesiti, kolesterol tinggi, berumur 40 tahun ke atas, diabetes, kurang bersenam, kesan ubat dan pengaruh masalah kesihatan kronik seperti talasemia, Crohn dan cirrhosis.

Justeru, bagi mengatasi masalah batu karang di dalam hempedu, doktor akan menyarankan pesakit menjalani prosedur buang pundi hempedu menerusi pembedahan laparoskopik.

Pembedahan itu bukan untuk mengeluarkan batu, sebaliknya membuang terus pundi hempedu. Mengapa tidak membuang batu karang sahaja?

Ini disebabkan pihak doktor sukar menentukan sama ada masalah batu hempedu berlaku kerana ketidakstabilan komposisi cecair hempedu atau fungsi pundi hempedu tidak normal atau kedua-duanya sekali.

Oleh demikian, rawatan mengeluarkan batu sahaja tidak berkesan. Jika pesakit kerap mengambil ubat atau dirawat melalui lithotripsy gelombang kejutan extracorporeal (ESWL) (dijangka) boleh berulang selepas satu hingga dua tahun akan datang.

ESWL adalah merujuk pada prosedur yang mana pesakit akan baring di atas meja khas dan gelombang yang dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi badan dan memecahkan batu pada ketulan-ketulan kecil.

Saranan saya, segeralah berjumpa doktor. Jika lambat bertindak, pesakit berisiko mengalami komplikasi seperti jangkitan kuman dalam badan dan seterusnya berlaku kerosakan buah pinggang, hati, jantung dan sebagainya.

Apabila organ-organ mengalami kerosakan disebabkan kuman dalam darah, maka risiko maut adalah tinggi.

Sumber: MEDICALNEWSTODAY.COM, MEDIUM.COM, MEDICINET.COM DAN FREEPIK 

Share
Izyan Liyana

 

Published by
Izyan Liyana

Recent Posts

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

1 hour ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

3 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

3 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

5 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

8 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

9 hours ago