Sambal belacan wangi, sedap dan tahan lama! Ini rahsianya

Sambal belacan wangi, sedap dan tahan lama! Ini rahsianya
Sambal belacan wangi, sedap dan tahan lama! Ini rahsianya
A
A
A

TEKAK Melayu, tak ada sambal memang tak sah.

Pergilah ke pelusuk dunia mana pun pasti merindukan rasa sambal. Memang rasanya tidak lengkap bila nikmati

hidangan nasi berlauk tanpa sambal.

Nikmatnya rasa sambal tidak dapat dinafikan, sudah pastinya ia menu sampingan penyedap yang mempunyai pelbagai rasa dan bahan.

Ada pelbagai jenis sambal termasuklah kuinin, mempelam muda, ikan bilis petai dan tempoyak, belacan, belacan

kulit limau, ikan bilis cili padi, kicap cili potong, air asam lada picit, gesek ikan bilis dan sebagainya.

Ayuh kali ini kita lihat sambal versi Nurulain yang turut berkongsikan rahsia membuat sambal belacan yang

wangi dan dapat tahan lebih lama bahkan lebih beraroma dan sedap!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bahan-bahannya:

  • 6 biji limau kasturi (buang biji)
  • 50 gram belacan yang telah dibakar
  • 3 biji cili merah dan 1 biji cili hijau
  • 8 biji cili padi hijau
  • 25 biji cili padi merah
  • 100ml air asam jawa pekat
  • Masukkan sedikit gula dan garam

cili

Cara-cara membuatnya;

Campurkan semua bahan dan kisarkan dalam mesin pengisar.(Terpulang kepada korang ingin kasar atau

sebaliknya).

Siap! Boleh dihidangkan.

Cuba juga Ayam Tiram Thai, sajian enak negara Gajah Putih, sesuai ‘tekak’ Melayu

Selain itu, ini pula tip untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.

1. Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.

2. Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.

3. Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.

4. Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nurulain Insyirah

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca