ORANG Malaysia tak sah kalau tak makan sambal dalam sehari.

Sambal gesek bilis ini walaupun simple tapi ia adalah pelengkap yang menaikkan selera bila makan nasi putih berlaukkan kampung.

Hari ini, SinarPlus mahu berkongsi resipi sambal gesek bilis turun-temurun yang lazat tapi mudah disediakan.

Hanya perlukan tumbuk menggunakan lesung. Jangan derhaka pada resepi ya, jika dikisar pasti tidak akan menjadi.

Bahan-bahan

  • Bilis – segenggam
  • Cili merah – 3 biji – dipotong kecil
  • Cili padi – 10 biji – dipotong kecil
  • Bawang merah 1 biji – dihiris
  • Limau kasturi 3 biji – dipotong

Artikel berkaitan: Asam pedas ikan sembilang kaw versi campak-campak

Cara membuat

1. Tumbuk dahulu cili merah dan cili padi

2. Masukkan bilis dan teruskan tumbuk

3. Masukkan bawang dan teruska menumbuk

Iklan

4. Akhirnya perah limau kasturi.

Siap! Boleh dimakan besama ulam-ulaman segar. Umph!

Semoga bermanfaat.

Iklan

 Asam pedas ikan sembilang kaw versi campak-campak