Telur pecah sambal 3 rasa simple tapi sedap, ibu kena cuba pasti keluarga suka

BILA tiba masa malas untuk memasak, mulalah kita untuk mencari menu yang simple dan enak kan?

Yelah, kejar masa sepantas yang boleh untuk santapan keluarga. Ringkas-ringkas sahaja tapi menyelerakan.

Apa kata cuba buat telur pecah sambal tiga rasa ni, ‘terpaling’ simple tapi sedappp.

Cubalah makan dengan nasi panas-panas, pasti menambah-nambah dalam tak sedar ni.

Boleh juga dijadikan sajian keluarga untuk bersahur terus berselera.

Bahan-bahan;

  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih dihiris halus
  • 3 biji telur ayam
  • 3 sudu cili kering
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 cawan air
  • Sedikit daun bawang jika ada

Cuba juga Mudah resipi telur dadar crispy sedap sama macam kedai Siam, rahsianya satu bahan

Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus. Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk tiga sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.

2. Masuk pula sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata. Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi sedap.

Iklan

3. Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat. Rasalah sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.

Cuba juga Telur lauk kegemaran? Doktor dedah 5 fakta, mitos pengambilan wanita wajib tahu

4. Kemudian pecahkan telur satu per satu ke dalam sambal. Taburkan daun bawang atau sup jika mahu. Terbalikkan telur kalau nak bagi masak sama rata. Tutup api. Siap untuk dihidang!

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Amalia Fatini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.