Santai jalan-jalan di Kuala Lumpur, ini 6 makanan viral wajib cuba

Gen Z pilih Kuala Lumpur antara 50 destinasi utama pelancong 2020
Gen Z pilih Kuala Lumpur antara 50 destinasi utama pelancong 2020
A
A
A

SANTAI-SANTAI, shopping atau aktiviti yang lasak, Kuala Lumpur, ibu kota negara tercinta Malaysia ada semua itu.

Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan kesibukan kota dan tidak kurang juga merupakan tempat lepak popular masa kini.

Banyak pilihan tempat menarik di Kuala Lumpur untuk tujuan jalan-jalan, percutian bersama keluarga dan anak-anak atau pasangan untuk ‘honeymoon’.

Variasi pilihan destinasi percutian di Kuala Lumpur memang akan membuatkan anda rambang mata tak tahu nak pergi yang mana dahulu.

Bagi wanita, Kuala Lumpur adalah syurga, destinasi terbaik untuk aktiviti membeli belah. Terdapat puluhan shopping mall yang bersaiz mega di sekitarnya yang boleh diterokai.

Pun begitu, Kuala Lumpur juga terkenal dengan kebanjiran tempat makan.

Terdapat pelbagai pilihan, bukan sahaja masakan tempatan, tetapi juga menu antarabangsa seperti, Arab, USA, Korea dan Itali. Hanya perlu tanya selera.

Baca juga ‘Anak-anak merayu mahu naik lagi, mak, bapa macam mahu pengsan.’ -Dr Halina kongsi kisah lucu anak-anak pertama kali naik tren

Justeru itu, ini antara 'port' makan-makan yang best untuk anda cuba;

Santai jalan-jalan di Kuala Lumpur, ini 6 makanan viral wajib cuba

1. Nasi Kahwin Hari-Hari

Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur.

Sesuai dengan namanya, menu kat sini, lauk kenduri orang Melayu.

Jadi anda akan dapat layan nasi hujan panas, dengan lauk ayam ros dan daging masak hitam.

Untuk sayur, macam biasa, sayur orang kahwin macam dalca dan acar timun buat lengkap juadah anda.

Memang lain sikit feel bila sini. Rasa balik kampung pergi kenduri saudara mara.

Dibuka seawal 10:30 pagi sehingga 5.30 petang.

Harga;

Setakat 16 Mac 2022, harga set lauk kenduri sini harganya RM9.

Kalau nak lauk extra, kena tambah RM6 untuk setiap lauk.

Tempat ini sebenarnya dah ada bertahun dulu. Cuma akhir-akhirnya jadi viral.

Jadi ayuh cuba datang rasa lauk kenduri kat tengah bandaraya ni

Santai jalan-jalan di Kuala Lumpur, ini 6 makanan viral wajib cuba

2. Mee Tarik Jalan Sultan

Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur.

Sebuah restoran muslim-friendly. Pelanggannya yang agak ramai dan berbilang kaum.

Memang banyak hidangan menarik untuk dicuba di sini.

Mi yang dibuat di sini kita boleh lihat adegan pembuatannya secara langsung, mi yang ditarik-tarik serta mi daoxiao (dipotong nipis dari doh dan terus direbus) yang dipotong-potong laju masuk ke rebusan air melalui dapur yang berada di pintu masuk.

Yup betul, dari luar pun boleh lihat terus bagaimana mi ini dibuat.

Hidangan yang enak, sesekali datang ke kawasan Pasar Seni boleh singgah!

Baca juga 7 risiko kesihatan guna minyak masak lebih 3 kali, mak-mak wajib tahu

Santai jalan-jalan di Kuala Lumpur, ini 6 makanan viral wajib cuba

3. Kunafa Crisp

Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur (berdekatan dengan McDonald's Bukit Bintang)

Waktu operasi: 2 petang hingga 2 pagi

Sampai sanggup beratur panjang! Begitulah penangan manisan kunafa yang viral sehingga hangat diperkatakan.

Kunafa merupakan sejenis manisan tradisional dari Timur Tengah mengandungi keju seperti mozarela dan cheddar dan ditabur dengan kacang pistachio.

Bukan sekadar rangup, kunafanya juga sangat berkrim.

Santai jalan-jalan di Kuala Lumpur, ini 6 makanan viral wajib cuba

4. Damascus Shawarma

Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.

Bila anda ke Bukit Bintang, anda kena cuba makanan luar negara.

Dan kalau bajet terhad, tapi nak rasa lauk Arab sana, boleh cuba Damascus Shawarma.

Kedai ini kecil tapi kebab dan shawarma serta nasi Arabnya sangat sedap.

Saiz shawarma tak besar tapi isinya penuh.

Harga : Setakat 16 May 2022, shawarma ayam saiz biasa RM 9.

Shawarma ayam tak banyak sayur dan memang ada 'kick'. Shawarma daging pula ada lebih sayur. Isian yang diletak kat dalamnya memang berbeza.

Santai jalan-jalan di Kuala Lumpur, ini 6 makanan viral wajib cuba

5. Wagyu Skewer @Don Don Donki

Ground Floor, Lot 10 Shopping Centre, Bukit Bintang, KL.

Cuba sate wagyu viral di sini. Menggunakan daging wagyu A5 yang disahkan halal, sate yang lazat ini mesti dicuba oleh semua penggemar daging!

Anda boleh menikmati lemak mentega dan daging yang 'juicy' yang hanya cair di dalam mulut anda.

Tambahan pula, taburan garam dan lada sulah menghasilkan rasa mewah daging wagyu.

Harga setakat Mei 2022;

Kecil - RM9.80/batang

Besar - RM15.80/batang

Juga terdapat di Tropicana Gardens Mall bermula 10 pagi - 10 malam (Ahad-Khamis) ; 10 pagi - 12 pagi (Jumaat-Sabtu).

Baca juga 19 hari, Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki

Santai jalan-jalan di Kuala Lumpur, ini 6 makanan viral wajib cuba

6. 32 Parfait

Lot 10, Bukit Bintang bertentangan Don Don Donki

Bermula di Myeongdong, 32 Parfait terkenal kerana nilai jualannya yang unik, kon ais krim setinggi 32cm yang 3 kali lebih tinggi daripada ais krim biasa!

Anda tidak perlu lagi pergi ke Korea untuk merasainya kerana mereka sedang mengembangkan sayap ke Malaysia.

Pelbagai perisa ditawarkan seperti yogurt blue, green tea, vanilla, chocolate, vanilla choco, strawberry dan mango.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca