KUIH ‘lejen’ ni memang ramai peminatnya yang tersendiri.

Kek sarang semut dinamakan sedemikian kerana rupanya yang berlubang-lubang halus seperti dalam sarang semut.

Kalau elok ‘kejadiannya’ memang elok lembut ‘berspan’ dan tidak terlalu melekit hasilnya.

Akan tetapi, tidak kurang juga yang mengeluh saat cuba membuatnya kerana ‘sarang semut’ yang terhasil tidak seperti diharapnya.

Ada yang tak nampak lubangnya dan ada pula yang langsung tak mencapai piawaian sepatutnya dari segi rupa, tekstur dan rasa.

Jika itu yang dialami, apa kata cuba resipi dikongsikan kali ini. Tengok sarangnya yang begitu banyak lubang rongga pun sudah menerujakan.

Resipi Kek Sarang Semut Berongga

Bahan-bahannya:
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu pekat manis
125 gram mentega (cairkan)
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat

Iklan

Cara-caranya:

KARAMEL
1. Gula secawan – hanguskan jangan sampai hangit nanti pahit. Dah jadi karamel, tuang air panas secawan. Kacau sebati dan suamkan. Ketepikan.
2. Cairkan mentega 125g. Ketepikan
3. Ayak tepung dengan soda bikarbonat. Ketepikan
4. Ambil besen yang kering dan bersih. Pecahkan 3 biji telur. Kacau-kacau sahaja guna whisk.
Kemudian masukkan esen vanila. Masukkan setengah cawan susu pekat. Kacau lagi supaya sebati.
5. Tuangkan mentega cair tadi dalam adunan. Whisk kan..
6.Kemudian masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
Masukkan gula hangus tadi. Kacau hingga tiada ketulan tepung.

Iklan

Bakar api bawah dahulu 25 minit dengan suhu 140 darjah Celcius.
Kemudian tukar api atas bawah 25 minit pada suhu 170. Ikut oven masing-masing.

Selamat mencuba!

Kredit resipi: Uummydarwisha Mansor