Sayur, buah berwarna kuning dan jingga punyai antioksidan bantu rawat mata rabun

No Image Caption
A
A
A

JINGGA dan kuning adalah warna yang sungguh menceriakan. Betul tak?

Jangan tak tahu, itulah keistimewaan sayur dan buah yang berwarna jingga kuning yang dikatakan boleh hilangkan rabun tau!

Akan tetapi, lobak merah bukanlah boleh menghilangkan rabun mata secara terus, namun ia mengandungi suatu bahan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan mata.

Ia adalah sejenis antioksidan yang dikenali sebagai 'Beta karotena' (beta-carotene).

Menariknya perkataan Beta karotena itu sendiri berasal daripada perkataan Latin yang merujuk kepada lobak merah atau dalam bahasa Inggeris sebagai carrot.

Korang mesti tertanya-tanya kan apa benda beta karotena tu?

Hari ini, SinarPlus nak kongsi, Beta karotena merupakan bahan yang mengubah Vitamin A menjadi bentuk yang memberikan manfaat kepada tubuh badan. Ia membantu mengelakkan kerosakan kulit, mengekalkan kesihatan kulit yang baik, mengurangkan risiko masalah mata dan paru-paru serta membantu mengelakkan kanser.

Wahh, banyaknya manfaatnya…

Bahan berkenaan ditemui dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning dan jingga termasuklah lobak merah, lada benggala (kuning dan merah), aprikot dan turut ditemui dalam sayur hijau gelap seperti brokoli, kailan dan kangkung.

Namun, korang kena tahu juga, untuk menikmati kesemua khasiat itu, janganlah fokus kepada beberapa jenis sumber makanan sahaja.

Kita sebenarnya perlu mengambil sumber makanan lain yang pelbagai dan seimbang.

Barulah korang akan dapat manfaat kesihatan yang optimum daripada Beta karotena!

Sumber: @nutritionistkkm

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca