LAZIMNYA ibu bapa terutama yang pertama kali bakal menimang cahaya mata akan sangat teruja ingin mengimbas atau melakukan proses scan bayi yang masih dalam kandungan.

Zaman pun dah serba canggih dan moden katanya, tentulah teknologi itu hendak dimanfaatkan.

Ramai yang memilih untuk melakukan imbasan 4D meskipun harganya melangit. Kadang buat yang mampu sampai tak kisah pun untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Namun demikian, adakah ia berbaloi?

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Anna Liza Roslani berkata, beliau sememangnya tidak melakukan scan 4D sahaja seperti yang diminta oleh ibu bapa.

“Saya tidak melakukan scan 4D sahaja.

“Saya melakukan detailed scan. Jika bayi anda menayangkan muka dia, saya akan lakukan 4D dengan percuma. Ibu bapa boleh bayar untuk detailed scan,” tulisnya melalui Facebooknya.

Namun demikian, masih ramai ibu bapa tertanya-tanya mengapa tidak melakukan scan 4D yang canggih itu.

Ujar Dr Anna Liza, 4D hanya bagus untuk mengambil gambar muka bayi ‘untuk dimasukkan ke Facebook‘ sahaja.

“Ia tidak akan mengesan masalah seperti jantung berlubang atau otak yang dipenuhi cecair,”.

Lebih membimbangkan ada ibu bapa yang sering memandang ringan aspek itu sehingga ada yang memohon untuk melihat muka bayi menerusi scan 4D dan menganggap bayi mereka sihat sahaja.

Iklan

Ini respons Dr Anna Liza: “Mungkin ibu bapa yakin bayi mereka sihat,”.

“Tetapi, saya sebagai seorang profesional, tidak sanggup jika saya meletakkan prob scan saya di abdomen, saya scan 4D sahaja, tetapi rupa-rupanya janin bermasalah besar yang tidak dikesan atau diperiksa oleh saya. Saya anggap itu suatu kecuaian peribadi jika ia berlaku,” tulisnya lagi.

Pada masa yang sama, Dr Anna Liza turut memberi maklum balas mengenai perkhidmatan imbasan bayi 4D yang ditawarkan di klinik-klinik lain.

Iklan

“Saya tidak boleh menjawab bagi pihak klinik lain. Ibu bapa boleh membuat pilihan sendiri. Saya tidak akan berkecil hati pun jika ibu bapa membuat keputusan memilih klinik lain.

“2D sentiasa lebih bagus daripada 3D, 4D mahupun 5D sekali pun kerana detailed scan jauh lebih penting daripada scan muka janin,” tulisnya.

Jadi, buat ibu bapa di luar sana, pilihan di tangan masing-masing. Kesihatan bayi lebih penting sebenarnya. Janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah ya. Semoga bermanfaat!