Sila log masuk terlebih dahulu.

Sedapnya bingka ubi kayu bakar guna air fryer, mudah dan cepat, tak perlu oven

A
A
A

Sedapnya bingka ubi kayu bakar guna air fryer, mudah dan cepat, tak perlu oven

KUIH-muih berasaskan ubi kayu memang menjadi kegemaran ramai. Rasa yang lemak manis dan tekstur lembut membuatkan ia selalu menjadi pilihan untuk santapan.

Salah satu kuih orang lama yang menjadi ‘pujaan’ ramai ialah bingka ubi kayu. Juadah klasik ini disediakan dengan kaedah bakar.

Selain aroma wangi membangkitkan selera, permukaan garing, rasa lemak daripada ubi dan santan yang bergabung menjadikan juadah ini sangat enak..

Baca juga: Masak Bingka Pandan lebih mudah, cepat guna air fryer, tak perlu oven

Kini anda boleh membuat sendirinya di rumah berpandukan resipi bingka ubi daripada Eniza M. Salim ini.

Rupanya tak susah pun, anda yang tidak memiliki ketuhar atau oven pun boleh buat. Hanya campurkan lima bahan dan bakar dengan air fryer.

“First time buat bingka ubi kayu guna AIR FRYER. Mudah dan cepat. Lembut je tekstur dan rasanya sedap,” kongsi Eniza.

Baca juga: Lebih 35,000 share, resipi ayam panggang ala bazar Ramadan sedap dan mudah guna air fryer

BINGKA UBI KAYU AIR FRYER

Bahan-bahan

2 cawan ubi kayu (diparut, tapis dan ambil sekali mendapannya)

1/2 cawan gula

1 cawan santan

2 sudu besar mentega(cairkan)

Sedikit pewarna kuning telur

Cara penyediaan

1-Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.

2-Tuangkan adunan ke dalam acuan yang sesuai. Jangan lupa sapu mentega terlebih dahulu.

3-Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 minit menggunakan air fryer.

4-Anda boleh menambah masa selama lima minit untuk menggaringkan lagi permukaannya.

Baca juga: Minyak masak mahal, Dr Fatimah kongsi kebaikan guna air fryer

5 INFO UBI KAYU

Kredit foto: Pixabay

  • Ubi kaya dengan zat besi.
  • Selain itu ia tinggi kandungan vitamin C yang sangat mustahak untuk sistem imun dan penghasilan kolagen.
  • Ubi kaya sumber energi dan sesuai sebagai santapan selepas buat senaman berintensiti tinggi.
  • Ia juga tinggi kalium yang membantu mengembangkan salur darah sekali gus mengelakkan tekanan darah tinggi.
  • Jika anda ingin membeli ubi kayu, cari isi yang putih kerana itu tanda ia masih segar.

Baca juga: Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan

Sumber: Eniza M. Salim, neurovarsiti.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca