SUP ladu atau dumpling dan mi wantan dua menu yang selalu dipesan apabila menjamu selera di restoran Cina Muslim.

Biarpun nampak ringkas, keenakannya benar-benar menggugat selera dan membuat kita terkenang. Apa kata kali ini cuba buat sendiri menu mudah ini menggunakan resipi daripada Aisyah Humaira ini, memang enak tak terkata!

DUMPLING

Bahan-bahan

1 keping isi ayam bahagian dada (bersaiz besar)
10 ekor isi udang
Kulit dumpling secukupnya
1/2 batang lobak merah disagat halus
2 tangkai daun bawang dihiris
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil minyak bijan
Serbuk perasa cukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan

1-Kisar tanpa air atau cincang lumat dada ayam dan isi udang.

2-Campurkan semua bahan diatas kecuali kulit dumpling. Kacau sebati.

3-Langkah terakhir, ambil kulit dumpling dan sudukan inti di tengahnya.

4-Sapu air dengan jari pada sekeliling kulit supaya melekat. Lipat dua, sapu air sekali lagi pada keliling dan kelim setiap bucu wantan dengan kemas.

Baca juga: Sup ayam lada hitam berkhasiat, renih jer tak guna minyak menu terpaling mudah

SUP DUMPLING

Bebola ikan
Tauhu telur lembut
4 ulas bawang putih
3 keping hirisan halia
1 biji bawang besar dipotong 4
1/2 batang hirisan lobak putih dihiris bulat
1 kiub pati ayam
2 sudu besar serbuk pati ayam
Garam dan gula jika perlu
Air secukupnya mengikut kuantiti kuah yang diingini

Cara penyediaan

1-Rebus semua bahan sup kecuali tauhu telur dan bebola ikan.

2-Apabila bahan yang direbus lembut, keluarkan dan ambil air rebusan sahaja sebagai kuah.

3-Masukkan dumpling yang sudah siap diikuti tauhu telur lembut dan bebola ikan.

4-Kemudian tabur daun bawang.

5-Dumpling yang timbul ke permukaan bermakna sudah masak.

Iklan

6-Untuk menyediakan mi wantan, leraikan dan celur sebentar di dalam air panas menggelegak bersama sedikit minyak.

7-Kacau-kacau, tos dan bilas mi dengan air biasa. Ulangi proses ini sebanyak tiga kali untuk mendapatkan mi yang licin.

Baca juga: Lebih 1,200 share, resipi simple mi kicap power, mudah & menyelerakan

MI WANTAN KICAP

Cara penyediaan

1-Tumis bawang putih.

2-Selepas garing, keluarkan bawang dan masukkan kicap lemak mani, beberapa titik minyak bijan, sedikit kicap pekat dan sedikit kuah sup dumpling.

3-Masak sekejap semua bahan ni dan gaul bersama mee wantan. Siap!

Iklan

Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi ayam masak cili kering style cina muslim

Sumber: Aisyah Humaira

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!