MENARIK perkongsian page laman hiburan, Googled Stuffs yang memuatnaik foto-foto akan pelbagai ‘rupa bentuk’ alat pelindung diri bagi mengelakkan sebaran wabak zaman dulu.

Rupanya, orang dulu-dulu pun pernah berlaku keadaan berdepan virus. Seperti kita sekarang yang ‘diserang’ virus Covid-19, mereka juga kreatif mencipta ‘alat perlindungan’ diri masing-masing.

Lihatlah beberapa keping gambar menarik dikongsi Googled Stuffs yang dipercayai dirakam sekitar tahun 60-an di negara Barat ini.

Terdapat pelbagai jenis topeng muka, poster hebahan dan iktibar yang boleh kita peroleh daripadanya:

1. Topeng penutup plastik

Ambik kau… pakai plastik terus! Tak lemas ke? Entahlah…

Barangkali dah serkup dari atas, ruang udara sebelah bawah boleh la masuk oksigen kot!

Berkesan elak virus? Tiada jaminan ya

2. Penutup muka muncung tajam

Mak aii panjangnya muncung topeng muka ni… kalah paruh itik menyudu.

Kalau kawan pakai mask yang sama mungkin tak berisiko. Tapi awas, kalau kawan sorang lagi hanya pakai penutup plastik macam Gambar 1 tadi. Kena cucuk mata kang masuk hospital pulak

3. Topeng DIY

Yang ni pula nampak lebih fleksibel. Sangkut kat topi pun boleh. Boleh DIY nak pakai macam mana pun.

Yang sangkut kat telinga pun nampak longgar je.

Keberkesanannya dalam menghalang wabak memang agak diragui..

4. Topeng muka bangsawan

Ha… yang ni nampak canggih dan lain macam sikit muncungnya. Lain daripada tiga di atas tu.

Nampak macam bukan kaleng-kaleng. Hanya dipakai oleh golongan bangsawan agaknya. Tapi dari segi safety rasa OK skit, terlihat tutup rapat topeng tu. Elok terletak.

Ni la topeng paling selamat dan gah untuk dipakai gamaknya.

5. Poster peringatan

SPIT SPREADS DEATH – Meludah boleh bawa kematian. Memang dalam mulut tanpa virus saja sudah ada ‘berjuta-juta lemon’ kuman.

Iklan

Eloklah diingatkan dengan poster yang cenggini, sekali pun di belakang bas. Kat Malaysia ramai kan yang suka-suka ludah merata?

6. Sama saja perangai

Ni kelakar. Pakai topeng, tapi hidung tak tutup. Habis tu dari lubang hidung tak boleh masuk virus?

Jadinya nampak macam pakai penutup tu hanya buat syarat saja. Sama la perangai macam masyarakat sekarang kan?

Kang tak pakai topeng takut kena kecam. At least ada la juga pakai katanya…

7. Disiplin

Iklan

Ini patut kita contohi. Nampak macam sekeluarga yang sangat patuh arahan supaya pakai topeng muka.

Cara pakai topeng pun nampak kemas. Bolehlah sikit sebanyak bantu halang wabak kan…

8. Elak tempat awam

Dulu lagi tempat-tempat awam seperti pawagam tidak dibuka semasa musim wabak.

Sedia maklum tempat awam paling mudah mendapat sebaran virus ya.

Moga kita mendapat manfaat bersama. Anda lebih kreatif? Kongsikan! -AG #rantaiankasih