Selain epal dan pisang, rupanya tiga jenis buah ini juga sesuai untuk diet lelaki

A
A
A

JIKA diberi pilihan majoriti jejaka lebih cenderung memilih epal atau pisang meskipun terdapat pelbagai pilihan buah yang ditawarkan di pasaran.

Rata-rata menyifatkan dua buah tersebut mempunyai khasiat yang tinggi untuk membekalkan tenaga bagi menjalani kehidupan seharian.

Benar, tidak dinafikan kandungan kalium dalamnya membantu membentuk dan memulihkan otot kita pada kadar segera.

Sementara itu, pengambilan buah pisang setiap hari juga membantu membekalkan tenaga khususnya buat jejaka yang aktif melakukan senaman angkat berat.

Pun begitu, tahukah korang selain pisang dan epal terdapat tiga jenis buah lain yang berkhasiat untuk dinikmati dalam senarai menu harian ? Ia terdiri daripada:

Prun

buah

Pakar penyelidik menyarankan supaya buah prun atau plum kering dimakan antara empat hingga lima biji setiap hari.

Langkah itu bertujuan melancarkan sistem pencernaan dan menguatkan tulang.

Buah berkenaan juga boleh dijadikan snek ringan di pejabat atau dihiris halus lalu ditabur bersama kismis dan kekacang di dalam mangkuk berisi oat.

Mangga

buah

Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam buah itu membantu menyihatkan kulit manakala jumlah fiber dan potassium pula membantu sistem penghadaman berjalan lancar.

Selain dimakan begitu sahaja, buah mangga juga boleh dijadikan jus ataupun minuman smoothie.

Caranya mudah saja.

- Potong buah mangga bentuk kiub

- Simpan di dalam peti selama beberapa jam atau semalaman.

- Kemudian, kisar kiub mangga berkenaan bersama susu segar rendah lemak dan yogurt asli bagi mendapatkan rasa yang enak.

- Sedia untuk diminum.

Buah naga

buah

Buah naga atau nama saintifiknya Hylocereus undatus bertindak sebagai pelindung bagi masalah diabetes dan proses penuaan kerana mengandungi vitamin C dan diperkaya asid lemak serta fosforus.

Kandungan antioksidan dalam buah tropika itu membantu menentang radikal bebas untuk menghalang sel kanser. Pada masa sama, mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit wajah.

Tidak salah rasanya golongan jejaka mendapatkan kondisi kulit wajah yang sihat dan cantik hanya dengan menikmati potongan buah naga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca