DENDANGAN melodi klasik menjadi halwa telinga pengunjung sepanjang menikmati lebih 150 sajian enak sempena Selera Nostalgia Do Re Mi yang ditawarkan Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

Menariknya, sebanyak 14 gerai menawarkan sajian eksklusif dengan sentuhan nama vintaj sempena era kegemilangan seniman P Ramlee pada tahun 1950-an.

Pengurus Besar Kawasan Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur, Adrian Chung berkata, pengenalan nama unik pastinya membangkit selera pelanggan yang mahu mengimbau kenangan lama.

sajian klasik

 

“Antara menu yang wajib dicuba seperti Kari Kepala Ikan Getaran Jiwa, Kambing Bakar Antara Dua Darjat, Sup Gearbox Jeritan Batinku dan Nasi Ayam Hainan Ibu Mertuaku.

“Sempena bulan yang baik, kami mahu membawakan ikatan kekeluargaan dengan variasi kulinari cukup enak dengan elemen klasik,” katanya.

sajian klasik

Baca juga Jadi pesta makanan jalanan terbesar di Malaysia, Bufet Ramadan MAHA Iftar buat pengunjung ‘hilang arah’

Baca juga Berbuka puasa dengan piza durian D24, pelengkap bufet Ramadan ini buat ramai ‘tak keruan’

sajian klasik

Iklan

Sementara itu, Cef Saus Eksekutif, Alzubir Idris berkata, pihaknya bersama pasukan menyediakan kulinari dengan olahan tersendiri yang pastinya membuat pelanggan puas hati.

sajian klasik

Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur
Alamat: 1, Jalan Imbi, Kuala Lumpur
Masa: 6 petang hingga 10 malam (13 Mac hingga 8 April 2024)
Menu signatur: Kari Kepala Ikan Getaran Jiwa dan Kambing Bakar Antara Dua Darjat
Harga: RM88 (kanak-kanak 4-11 tahun) dan RM168 (dewasa)

sajian klasik

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!