Selera Nyonya, ibu wajib cuba resipi ayam Pongteh boleh jadi kegemaran keluarga

Selera Nyonya, ibu wajib cuba resipi ayam Pongteh boleh jadi kegemaran keluarga
Selera Nyonya, ibu wajib cuba resipi ayam Pongteh boleh jadi kegemaran keluarga
A
A
A

SELERA bertukar ke cita rasa Baba Nyonya pula sesekali apa salahnya kan?

Ayam Pongteh, resipi Baba Nyonya yang sangat tradisional yang kaya dengan rasa taucu dan kicap, berasal dari negeri Melaka.

Sesiapa yang pernah makan ayam Pongteh ni mesti tau kesedapannya.

Pertama kali cuba masakan ini pasti akan jatuh cinta sebab sedap sangat. Rasanya ala-ala ayam masak kicap tapi kelainannya ade tambah taucu.

Sedap tau. Rugi tak cuba. Cara nak masaknya pun senang sangat.

Pasti akan jadi kegemaran anak dan suami.

Bahan-bahannya;

  • 3 paha ayam
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar pes taucu
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 500ml stok ayam
  • 1 biji cili merah (dipotong separuh)
  • Daun bawang (dihiris)

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Cuba juga Gabung 16 ulam-ulaman dengan ikan tenggiri, udang atau ayam. Ini rahsia buat botok-botok yang enak

4 cara cepat 'defrost' daging, ayam beku yang betul elak keracunan

Cara membuatnya;

1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.

2. Tumis bahan kisar dan masukkan pes taucu dan kicap manis. Masukkan ayam dan gaul. Kemudian masukkan stok ayam.

3. Masukkan gula melaka dan kentang. Masukkan cili merah dan biar masak selama 10 minit atau hingga ayam sudah masak dan kentang sudah empuk. Tabur daun bawang sebagai topping.

Ayam Pongteh sudah siap! Bolehlah menjamu selera bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba!

Sumber: Asiah Muda

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca