Semarak merdeka dengan Cream-O      

No Image Caption
A
A
A

SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lama lagi, JACK ‘n JILL Cream-O mengajak rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam kempen Cream-O ‘Ekstra O-Some‘.

Menurut Naib Presiden Kanan URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, dan Singapura, Emmanuel B. Puno, mereka yang ingin mengambil bahagian perlu menghantar gambar diri sendiri secara kreatif bersama nota terima kasih kepada petugas barisan hadapan.

“Sebanyak 63 karya akan disenarai pendek dan bakal ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan yang disiarkan pada 16 September depan.

“Kesemua penyertaan yang terpilih akan diberi cenderahati edisi terhad termasuk satu jemputan eksklusif untuk bertemu selebriti Ismail Izzani secara dalam talian,“ katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/creamomalaysia/. 

Terdahulu, sebagai pembuka tirai, JACK ‘n JILL Cream-O telah mengatur satu kejutan istimewa kepada penghantar makanan yang banyak berjasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Dua minggu lalu, 100 penunggang Foodpanda dikejutkan apabila mendapati makanan berupa kit terima kasih Cream-O ‘Ekstra O-Some‘.  Mereka juga menerima satu set fon kepala bluetooth,“ katanya.

Penulis: Mazlina Abdul Majid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca