Set lauk goreng kunyit melambak dengan harga berbaloi, ini 5 lokasi makan-makan tersembunyi yang kalian wajib cuba

A
A
A

JIKA memilih untuk makan di kawasan food court atau pusat penjaja, kalian tak akan pening kepala sebab semua menu sudah terpampang depan kioks.

Cuma time nak pilih lauk agak rambang mata dibuatnya. Mana tidaknya, kalau datang dengan perut kosong, mesti semua set nak dibelinya. Kus semangat! ?

Apa kata sempena cuti sekolah dan sambutan Tahun Baharu Cina bermula hari ini, kalian jalan-jalan cari makan di beberapa port medan selera viral di area Kuala Lumpur dan Selangor.

Carian SinarPlus di TikTok mendapati, ramai berkongsikan menu yang menjadi tarikan di kawasan food court yang boleh dikatakan masih tersembunyi daripada pandangan ramai.

set goreng kunyit

33 Food Court di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, misalnya antara lokasi panas buat peminat set nasi ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit dan sotong goreng kunyit.

Harga yang ditawarkan di Shedazz Ayam Kunyit itu memang berbaloi dengan porsi yang ditawarkan. Padanlah ramai yang datang makan untuk isi perut tengah hari.

Lagi satu, Tok Deng Kitchen’s. Cawangan gerai yang ramai orang beratur panjang antaranya di Rooftop Food Court PKNS di Shah Alam, Selangor.

 

Harganya pun berbaloi dan menu paling best untuk dicuba seperti daging goreng kunyit dan sotong goreng kunyit.

Ayam goreng kunyit dan udang goreng kunyit pun ada sekali dengan pilihan side dish seperti telur mata, cendawan goreng dan begedil.

set goreng kunyit

Selain di PKNS Shah Alam, terdapat tiga lagi cawangan yang boleh kalian cuba iaitu di Southgate Commercial Centre Kuala Lumpur, Wisma UOA 2 Kuala Lumpur dan Mid Valley.

Selain food court, ada juga premis yang hanya jual menu set goreng kunyit saja. Jadi senanglah nak datang tanpa perlu berkongsi ruang dengan kedai lain.

Bagi anda yang nak cuba menu tersebut, berikut info ringkas dikongsikan:

set goreng kunyit

1. Shedazz Ayam Kunyit

Alamat: 33 Food Court, Tingkat 1, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 5.30 petang

Menu signatur: Set nasi ayam, daging dan sotong goreng kunyit

Facebook: Shedazz Ayam Kunyit

Baca juga Cara mudah buat daging goreng kunyit lembut & juicy, bukan batang pinang pun jadi

set goreng kunyit

set goreng kunyit

2. Tok Deng Kitchen’s

Alamat: Cawangan Kuala Lumpur dan Selangor

Waktu operasi: 11 pagi hingga 3 petang

Menu signatur: Set nasi ayam, daging dan sotong goreng kunyit

Facebook: Tok Deng Kitchen’s

Instagram: @tokdengkitchen

set goreng kunyit

3. Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang

Alamat: Lot 65089, Persiaran Puchong Prima, Puchong, Selangor

Waktu operasi: 11 pagi hingga 12 malam

Menu signatur: Set nasi kukus ayam goreng kunyit

Facebook: Nasi Kukus Malaya Ayam Cincang Puchong Prima

Instagram: @nasikukusmalaya.ayamcincang

Baca juga Sedapnya pekena ikan goreng rangup krup krap, pemuda ini dedah cara buat ibu-ibu boleh follow

set goreng kunyit

set goreng kunyit

4. Azhar Station Official

Alamat: 3-3 Pusat Perniagaan Jelatek, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam

Menu signatur: Set nasi putih sotong goreng kunyit

Facebook: Azhar Station Official

Instagram: @azharstationofficial

set goreng kunyit

set goreng kunyit

5. Uncle Am Ayam Goreng Kunyit

Alamat: 12, Medan Selera Subang Hitech, Jalan Nilam 1/1, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 11 pagi hingga 3 petang

Menu signatur: Set nasi ayam, daging dan sotong goreng kunyit

Facebook: Uncle Am Ayam Goreng Kunyit

On tak on senarai yang kami kongsikan di atas? Jika kalian mempunyai pilihan destinasi lain, bolehlah kongsikan di ruang komen nanti.

set goreng kunyit

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca