Setiap makanan atau lauk, cara panaskannya berbeza-beza. Ini panduan tepat semua kena tahu

MAKANAN yang tidak habis dimakan selalunya kita akan simpan di dalam peti sejuk.

Memang sayang nak buang begitu saja, lebih-lebih lagi kalau dibeli pada harga mahal.

Pun begitu, makanan yang tidak dipanaskan dengan betul boleh memberi impak tak baik pada kesihatan kita.

Silap hari bulan boleh berdepan dengan masalah keracunan makanan.

Menurut laman perubatan Healthline, kaedah salah memanaskan semula juadah boleh menyebabkan ia menjadi kurang menarik untuk dinikmati.

food
SUMBER Keegan Evans daripada PEXELS.

“Pastikan makanan disejukkan, disimpan dan dipanaskan semula dengan betul supaya ia dapat dinikmati tanpa bimbang jatuh sakit.

“Secara amnya, makanan menjadi lebih sedap apabila ia dimasak semula, namun mestilah dengan kaedah sama seperti ia disediakan pada awal-awal,” kata laman kesihatan tersebut.

 

Berikut garis panduan untuk memanaskan semula makanan:

1. Hidangan perlu disejukkan sekurang-kurangnya dua jam sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ia boleh dimakan dalam masa tiga hingga empat hari.

2. Sebagai alternatif, boleh bekukan makanan selama tiga hingga empat bulan. Pun begitu, rasa hidangan mungkin terjejas jika disimpan lebih dari tempoh itu.

3. Makanan sejuk beku perlu dibiarkan mencair dengan betul sebelum dimasak semula.

4. Gunakan kuali, microwave atau ketuhar untuk memanaskan semula hidangan yang disimpan.

MAKANAN
SUMBER Zen Chung daripada PEXELS.

5. Panaskan makanan hingga mencapai suhu 70 darjah Celcius selama dua minit. Kacau masakan itu bagi memastikan ia dimasak sempurna.

6. Elakkan memanaskan kembali lauk sama lebih daripada sekali.

7. Jangan bekukan semula makanan yang telah dicairkan.

8. Hidangkan juadah yang telah dipanaskan dengan segera.

Baca juga: Mudah panaskan makanan hanya guna microwave tapi bahaya tak? Ini penjelasan ahli kimia

Baca juga: 10 makanan tak patut simpan dalam peti sejuk tapi ramai yang buat

CARA PEMANASAN BERBEZA-BEZA

Sementara itu, laman media Amerika Syarikat, Cnet berkata, setiap jenis makanan memerlukan kaedah yang berbeza apabila hendak dimasak semula.

Penggunaan microwave bukanlah satu-satunya cara untuk memanaskan makanan.

Katanya, air fryer juga mampu memasak lauk dengan cepat dan antara peralatan yang sesuai untuk ada di dapur.

Berikut kaedah memanaskan semula makanan mengikut jenis makanan seperti dicadangkan:

PASTA
SUMBER Kate Romeo daripada PEXELS.

1. Mi, pasta dan nasi

Gunakan kuali yang tidak melekat untuk memanaskan makanan seperti pasta Itali, kari India dan nasi atau mi Vietnam.

Makanan berkanji seperti nasi atau mi yang mempunyai potongan sayur, protein dan sos juga perlu dipanaskan dalam kuali.

Penggunaan microwave akan membuatkan pasta atau mi menjadi terlebih masak.

Ayam, udang atau daging yang terdapat dalam hidangan itu juga akan menjadi tidak segar.

piza
SUMBER Monstera daripada PEXELS.

2. Piza dan roti

Iklan

Air fryer merupakan peralatan yang paling sesuai untuk memanaskan piza.

Makanan itu hanya perlu dimasak dalam masa kira-kira dua minit menggunakan suhu 200 darjah Celsius.

Pun begitu, ia bergantung kepada saiz dan ketebalan hidangan tersebut.

Memanaskan piza menggunakan air fryer juga lebih menjimatkan tenaga berbanding menggunakan ketukar yang besar.

AYAM
SUMBER Yanuar Putut Widjanarko daripada PEXELS.

3. Ayam goreng, kentang goreng atau makanan bergoreng lain
Makanan bergoreng paling sukar untuk dimasak semula.

Gunakan air fryer untuk memasak memanaskan semula ayam goreng, dumpling, jejari mozarela atau kentang goreng.

Sama seperti piza, ia hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk mendapatkan makanan bergoreng yang garing seperti baharu dimasak.

Untuk daging ayam yang tebal, gunakan suhu sekitar 160 hingga 180 darjah Celsius untuk memasak keseluruhan ayam.

BURGER
SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.

4. Stik, burger dan ayam panggang
Gunakan kuali untuk memanaskan potongan daging.

Memanaskan stik dalam air fryer akan mengeringkan daging tersebut.

Iklan

Bakar semula daging dalam kuali besi bertutup selama satu minit bagi setiap sisi.

SUP
SUMBER Istvan Szabo daripada PEXELS.

5. Sup daging
Makanan yang direbus perlu dipanaskan semula seperti cara ia dimasak.

Panaskan semula hidangan itu di dalam periuk bertutup dengan api sederhana selama beberapa minit.

Makanan yang tidak habis dan disimpan adalah selamat untuk dimakan jika dikendalikan dengan baik.

Daripada membazir dengan membuangnya begitu sahaja, adalah lebih baik ia disimpan dan dimakan semula.

Ikutlah cara yang telah dicadangkan ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!