MENYIMPAN makanan di dalam peti sejuk boleh menjamin kesegarannya agar tidak mudah rosak dan tahan lama.

Tidak kurang juga yang menyimpan bahan makanan di dalam ‘esbok’ untuk mengekalkan kandungan nutrien, mengelak pembaziran dan memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan.

Namun, pada masa tertentu, tidak semua makanan sesuai disimpan di dalam peti sejuk.

Berikut 10 jenis makanan anda perlu tahu:

Kredit foto: Pexels

1-Bawang besar
Seperti kentang, bawang yang belum dikupas mesti disimpan di tempat yang kering. Ia memerlukan tempat mempunyai pengudaraan yang baik. Bahagian dalam peti sejuk yang lembap boleh menyebabkan ia bawang besar cepat rosak. Jadi, lebih baik menyimpannya di rak yang terbuka.

Bawang besar yang sudah dikupas tetapi tidak terus digunakan boleh disimpan di dalam peti sejuk tetapi anda perlu menggunakannya dalam masa dua hari.

Kredit foto: Pexels

2-Bawang putih
Bawang putih juga perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Letakkannya di dalam bekas terbuka atau rak yang membolehkan peredaran udara.

Suhu rendah peti sejuk boleh mengubah rasa bawang putih manakala pengudaraan yang lemah boleh menyebabkan mudah busuk. Simpan di luar, bawang putih boleh bertahan sehingga dua bulan.

Kredit foto: Pexels

3-Labu
Labu mentah boleh disimpan pada suhu bilik selama beberapa minggu tanpa diletakkan dalam peti sejuk asalkan ia terlindung daripada cahaya matahari langsung. Jangan simpan di dalam peti ais melainkan ia sudah dikupas.

Jika sudah dipotong atau dikupas, ia boleh disimpan di bahagian chiller peti sejuk sehingga lima hari. Jadikan stok frozen memberikan labu jangka hayat yang lebih lama!

Kredit foto: Pexels

Baca juga: Pintu peti sejuk tak rapat rupanya getah expired. Ini DIY mudah & murah, boleh jimat beribu ringgit!

4-Tomato
Tomato muda selalunya disimpan di dalam peti sejuk kerana orang ramai percaya ia membantu mengekalkan kesegaran lebih lama. Bagaimanapun, tomato sebenarnya sensitif kepada suhu sejuk.

Apabila disimpan di dalam peti sejuk, suhu yang rendah boleh menyebabkan tomato menjadi hilang rasa dan teksturnya. Atas sebab ini, lebih baik menyimpannya di dalam rak penyimpanan di luar.

Namun jika terlalu banyak tomato ranum, anda perlu membekukan bagi memanjangkan jangka hayat.

Sebelum membekukannya, cuci dan keringkan. Kemudian potong kepada bentuk kepingan atau belah dua dan letakkannya di atas lapisan kertas alas. Setelah beku, ia boleh disimpan dalam bekas dengan penutup.

Tomato beku boleh digunakan dalam masakan seperti sup dan sos, tetapi ia tidak sesuai untuk hidangan mentah seperti salad.

Kredit foto: Pexels

5-Roti
Apabila kita menyimpan roti di dalam peti sejuk, ia menjadi kering. Ia berlaku susulan proses retrogradasi yang mana molekul kanji menjadi kristal dan mengeras.

Untuk memastikan roti lembut dan tahan lama, penting untuk anda menyimpannya di tempat yang sejuk serta kering.

Sekiranya mahu membuat stok frozen, bungkus roti secara berasingan supaya ia tidak melekat. Lebih baik disimpan dalam beg kertas kerana beg plastik boleh menjadikan roti lembap.

Kredit foto: Pexels

6-Pisang
Pisang hendaklah disimpan pada suhu bilik sehingga masak sepenuhnya. Selepas itu, baharulah boleh diletakkan di dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayatnya.

Pun begitu, menyimpan pisang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan kulitnya menjadi gelap atau lebam. Tetapi ini tidak bermakna buah itu rosak.

Bagaimana untuk mengelakkan pisang daripada menjadi lebam di dalam peti sejuk? Anda boleh memanjangkan jangka hayat pisang dan mengekalkan warna kuning.

Anda boleh menyimpan setiap pisang secara berasingan (setiap biji) di dalam plastik atau membungkus sikat batang pisang untuk membantu melambatkan pengeluaran etilena iaitu hormon yang menyebabkannya ia menjadi coklat.

Iklan

Baca juga: 5 cara jimat hilangkan bau peti sejuk busuk dan hapak guna bahan dapur, mudah dan praktikal

Kredit foto: Pexels

7-Avokado
Begitu juga dengan avokado, hanya yang masak ranum boleh disimpan di dalam peti sejuk manakala yang masih belum matang elok diletakkan pada suhu bilik sehingga masak.

Kredit foto: Pexels

8-Tembikai
Tembikai atau apa jua buah daripada keluarga ‘melon’ harus diletakkan pada suhu bilik sehingga dipotong.

Penyelidikan terkini mendapati membiarkan ia pada suhu bilik membantu mengekalkan antioksidan yang utuh. Setelah dipotong, ia boleh disimpan di dalam peti sejuk tidak lebih dari empat hari.

Kredit foto: Pexels

9-Buah-buahan tropika
Nanas, kiwi, mangga dan buah-buahan yang tempatan memerlukan cahaya dan haba untuk matang. Jika tidak, ia boleh kehilangan nutrien.

Setelah masak ranum, baharu boleh diletakkan di dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat.

Iklan

Baca juga: Cara pilih cempedak isi banyak, tengok kulit dan tangkai, 6 tip anda perlu tahu

Kredit foto: Pexels

10-Madu
Madu akan berubah teksturnya apabila diletakkan pada suhu rendah. Ia adalah makanan yang tahan lama, maka tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apa yang anda perlu lakukan ialah memastikan bekasnya sentiasa tertutup rapat.

Sumber: Showbizz Daily

Kredit foto utama: Pexels 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang