PANGGILAN nama seperti nenek, atuk, makcik, pakcik dan bonda untuk sesebuah kafe memang sentimental.

Ia ditambah dengan dekorasi dalaman ala kampung rustic di tengah bandar boleh buat sesiapa saja teruja.

Kalau premis seumpama itu didirikan di kawasan desa dan berhampiran sawah padi atau pantai, memang lagi best.

Memang feeling makan menu tradisional seolah-olah kita berkunjung ke rumah saudara kalau balik ke kampung.

Pendekatan sedemikian nampaknya sudah menjadi pilihan apabila ramai pengusaha memilih nama unik untuk menarik perhatian pengunjung.

cafe nenek

Menunya memang ‘dahsyatlah, kan’ dan sudah tentu sesuai untuk port OOTD.

Tak kiralah menu Barat atau masakan kampung, pasti ramai yang suka sajian yang ditawarkan.

Baca juga 3 lokasi piknik di puncak bukit, destinasi healing dan OOTD unik boleh simpan dalam bucket list

Antaranya set telur goyang, mi rebus, shell out dan banyak lagi.

Mungkin ada beberapa tempat dikatakan sudah menaikkan harga makanan, namun kalau sedap, memang ramai tak kisah nak bayar.

 

Carian SinarPlus mendapati, ramai yang mengesyorkan kafe moden dan warung dengan nama unik seperti panggilan keluarga untuk dicuba.

Berikut lima cadangan lokasi makan-makan yang boleh kalian pertimbangkan jika berada berhampiran:

cafe nenek

Nenek Cafe
Alamat: No.82, Jalan Kemunting, Taman Kebun Teh, Johor Bahru
Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 6 petang
Facebook: Nenek.Fusion
Instagram: @nenek.fusion

cafe nenek

Warung Atok
Alamat: 2, Tingkat Ciku 3, Taman Ciku, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu operasi: 7 pagi hingga 3 petang
TikTok: @warong.atok

cafe nenek

Iklan

Makcik Cafe
Alamat: 302, Jalan Anak Bukit, Titi Gajah, Alor Setar, Kedah
Waktu operasi: 5 petang hingga 11.30 malam
Facebook: Makcik cafe
Instagram: @makcik_cafe

Baca juga Aneka makanan viral di bawah satu bumbung. Ini 5 destinasi kalau singgah, confirm tak menyesal

cafe nenek

Dapo Mokcik Kopi Pokcik
Alamat: 56, Skudai LBH, Kampung Skudai Baru, Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 7 malam
Facebook: Dapo Mokcik Kopi Pokcik
TikTok: @dapo.mokcik

cafe nenek

Cafe Bonda
Alamat: No 29 Jalan Indera Kayangan, Kangar, Perlis
Waktu operasi: 8 pagi hingga 3 petang
Facebook: CAFE BONDA
TikTok: @cafebonda

Iklan

Jadi, apa lagi? SinarPlus dah kongsikan idea tempat mana yang sesuai untuk kita jalan-jalan cari makan.

cafe nenek
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Ada masa, ajak kawan-kawan, famili atau saudara mara. Sambil lepak, kita santap!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang