Simple, cepat & sedap! Resipi macaroni carbonara lemak berkrim tapi tak muak ini sesuai jamuan

“ANAK-anak ada jamuan raya di sekolah”, “pejabat nak buat jamuan raya minggu depan.”

Nampaknya minggu-minggu dalam Syawal ni masih banyak open house dan jemputan ke majlis hari raya.

Sekolah anak-anak juga sudah mula book tarikh untuk jamuan raya, tak kurang juga pejabat suami pun kan.

Dalam masa yang sama, kita pun tak nak ketinggalan mengajak kawan-kawan dan saudara-mara datang berziarah sambil mengeratkan silaturrahim.

Bagi yang dah kering idea dan tak tahu nak masak apa untuk jamuan hari raya , bolehlah cuba resepi makaroni carbonara ni.

Simple, cepat dan sedap! Ikut sahaja resipi yang diberikan dijamin lemak berkrim dan tak muak.

Bukan apa, kadang-kadang kita pun jemu juga makan ketupat dan rendang. Memang mudah tapi sangat sedap. Anak-anak pun mesti suka.

Bahan-bahannya mudah cari. Nak memasaknya pun tak ambil masa lama. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya;

  • Butter
  • Sosej
  • Bawang merah (4 labu)
  • Bawang putih (1 labu)
  • Sos carbonara (3 botol + 2 tin)
  • Susu segar (4 kotak)
  • Air
  • Macaroni (4 packs)
  • Brokoli
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Serbuk perasa

Cara membuatnya;

1. Rebuskan macaroni bersama sedikit minyak masak dan garam sehingga masak dan lembut. Boleh juga menggunakan jenis pasta yang lain seperti spaghetti, spirals ataupun fettuccine. Sedap je semua tu.

2. Toskan macaroni. Sambil rebuskan macaroni tu, boleh siap potongkan bahan-bahan yang lain juga. Jadi, sedang molek macaroni tu masak dan lembut teksturnya, dah boleh terus gorengkan bebola daging ataupun sosej.

3. Dah sampai waktu nak masukkan macaroni, kita pakai kaut jer dari periuk sebelah ke kuali yang kita gorengkan bebola daging ataupun sosej tadi. Lebihan air rebusan tu biasanya buangkan aje. Senang kerja!

Iklan

3. Panaskan kuali, masukkan 1/4 butter. Masukkan bebola daging yang dipotong kecil. Ikutlah cita rasa masing-masing. Goreng seketika sehingga menjadi sedikit garing.

4. Masukkan pula bawang besar dan bawang putih yang sudah dikisar untuk menaikkan aroma. Setelah naik bau, masukkan dua tin dan tiga botol besar sos carbonara dan kemudiannya tambahkan dua tin dan tiga botol air masak ke dalam kuali.

5. Kemudian, masukkan pula empat kotak susu segar. Setelah sos menggelegak, masukkan macaroni yang telah direbuskan tadi dan tambahkan sedikit garam serta cukup rasa. Boleh juga jika mahu menambahkan lagi rasa dengan menggunakan dua kiub pati ayam. (Sukatan air dan susu boleh ikut suka. Kalau rasa kurang, boleh tambah sukatannya sedikit demi sedikit. Ikut kesesuaian bahan yang digunakan. Ikut selera ya? Boleh belaka)

6. Untuk menambahkan pula rasa macaroni menjadi lebih creamy, boleh masukkan tiga keping keju. Tak perlu bubuh banyak ya sebab takut nanti jadi muak.

Iklan

7. Boleh tambahkan brokoli jika suka. Lagi sedap sebenarnya kalau tambah brokoli ni. Siap untuk dihidangkan! Boleh tambahkan juga sedikit serbuk lada hitam untuk rasa yang lebih umph!

Selamat mencuba!

Sumber: Ruziawati Yusof

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.