Simple tapi sedap. Wanita ini kongsi resipi cara masak mi jawa kuah pekat, padu sejak 2009 lagi

A
A
A

TERINGIN pula nak makan mi jawa tapi tak pandai nak buat?

Usah pening kepala, semuanya kini hanya di hujung jari sahaja. Banyak resipi yang dikongsikan dalam media sosial yang boleh anda cuba.

Memandangkan masih lagi dalam mood raya, boleh juga dijadikan menu utama untuk hidangan tetamu yang nak datang beraya.

Cukup mudah cara nak membuatnya. Malah, bahan yang digunakan pun tidak banyak.

Baca lagi Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan

SinarPlus kongsikan resipi mi jawa istimewa yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya.

"Hari minggu datang lagi. Kalian masak apa hari ini?

Saya mahu kongsikan resipi mi jawa yang cukup kena dengan tekak kami sekeluarga.

"Resipi ini saya praktikkan sudah lama sejak 2009 lagi," ujar Marina yang memperoleh resipi tersebut daripada Yahoo Group Restoran Pak Amir

Malah, beliau turut berkongsi rahsia untuk membuatkan rasanya lebih enak.

"Simple je resipinya. Kalau nak 'derhaka' sedikit pun boleh. Misalnya tambah cucur udang di dalamnya.

"Memang sedap lebih-lebih lagi apabila kuahnya dipanaskan banyak kali. Lagi membuatkan rasanya lebih umph!

Baca ni Resipi cucur ikan bilis viral rangup di luar lembut di dalam. Wanita ni kongsi tip jika nak hasilnya bulat-bulat comel!

Berikut cara menyediakan resipi Mi Jawa:

Mi Jawa

Bahan-bahan

1 kilo mi kuning (dicelur)

2 cawan ubi keledek kuning/oren (rebus dan kisar)

1 cawan udang kering (goreng dan kisar)

1 cawan udang hidup (rebus dan kisar)

5 cawan air (lebih atau kurang ikut kepekatan)

Minyak untuk menumis

Garam dan gula secukup rasa (guna gula melaka lagi sedap)

Bahan kisar (A)

15 tangkai cili kering (kisar)

5 ulas bawang putih (kisar)

8 ulas bawang merah kecil (kisar)

1 inci halia (kisar)

Sedikit belacan (dibakar)

Bahan hiasan

Telur rebus (potong separuh)

3 keping tauhu (goreng dan potong kecil)

Cili hijau dan cili merah (dihiris)

Bawang goreng

Daun saderi dan daun bawang (dihiris)

Tauge (celur)

Limau kasturi (dibelah)

Baca lagi Tip lembut dan empukkan daging dengan cepat guna ais batu, minyak masak. Kena cuba!

Cara penyediaan:

1. Kisar cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian, tumiskan bahan yang sudah dikisar ke dalam bahan A sehingga naik bau.

3. Masukkan udang yang siap dikisar halus dan gaul sampai sebati.

4. Masukkan air dan biarkan ia mendidih. Setelah itu, masukkan keledek yang siap dikisar.

5. Kacau sehingga pekat. Jika terlalu likat, tambahkan sedikit air.

6. Akhir sekali, sesuaikan rasa gula dan garam. Kuah mi jawa biasanya sedikit manis atau boleh mengikut cita rasa anda.

Cara menghidang:

-Masukkan mi yang siap dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh.

-Curahkan satu atau dua senduk kuah ke atas mi tersebut.

-Setelah itu, letakkan telur rebus yang siap dipotong ke atasnya.

-Akhir sekali, taburkan daun saderi, daun bawang dan juga limau kasturi.

-Siap untuk dihidang.

Jadi, apa lagi. Jom cuba. Resipi ini dijamin sedap.

Baca ni Resipi Kari Ayam Hijau Goa tapi tak guna rempah kari. Macam mana tu? Kena cuba, memang sedap!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca