SINAR Harian tidak perlu diperkenalkan lagi. Portal online itu tidak ketinggalan dalam memberikan sokongan kepada industri pelancongan negara dengan mengetengahkan pelbagai lokasi menarik untuk tatapan pembaca.

Sementelah selepas negara menempuhi pandemik Covid-19, Sinar Harian turut serta memberikan sokongan buat pemain industri pelancongan tempatan.

Baca juga: 10 lokasi eco-tourism yang menarik

Justeru, atas dorongan dan interaksi positif, Sinar Harian dinobat Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik: Portal Berita (Bahasa Melayu) pada Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 yang berlangsung di Taman Eko Rimba Komanwel di sini pada Isnin.

Anugerah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Mohd Yazid Sairi kepada Pengarang Eksekutif (Gaya Hidup & Hiburan), Meen Tahrin yang mewakili Sinar Harian.

Baca juga: Sinar Harian terima Anugerah Media Khas ; Akhbar Hiburan Terbaik

Menurut Meen, penghargaan yang diterima itu merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun ke-16 Sinar Harian yang disambut pada 31 Julai.

Anugerah itu menurutnya menyuntik semangat kepada Sinar Harian untuk terus membantu dengan Tourism Selangor mempromosi sektor pelancongan di negeri itu.

“Terima kasih kepada Tourism Selangor kerana memilih Sinar Harian sebagai penerima salah satu anugerah pada malam ini.

“Kami di Sinar Harian amat berbangga dengan anugerah ini dan sudah pasti akan terus membantu Tourism Selangor untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan di Selangor khususnya,” katanya selepas sesi penyampaian anugerah itu.

Majlis dirasmikan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian.

Beliau berkata, anugerah itu juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara Sinar Harian dan Tourism Selangor.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, sebanyak 26 kategori anugerah disampaikan pada program itu antaranya liputan media terbaik bagi kategori Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil terbaik.

Ujarnya, anugerah itu bagi menghargai sumbangan media yang membuat liputan dan publisiti bagi sektor pelancongan negeri Selangor.

Iklan

Baca juga: MOTAC lancar lagu Cuti-Cuti Malaysia versi kedua, pelan pemulihan pelancongan 2022

Menurutnya, media berperanan penting dan berpengaruh dalam pembentukan pemikiran masyarakat dan negara.

“Syabas kepada semua penerima anugerah dan apresiasi media bagi tahun 2022. Kekalkan rentak kecemerlangan dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini.

“Teruskan mendokong usaha kerajaan negeri ke arah kemakmuran negara, kesejahteraan rakyat serta peningkatan industri pelancongan ke pentas global,” katanya.

Beliau berkata, Tourism Selangor giat menganjurkan pelbagai bentuk program, acara dan aktiviti promosi pelancongan yang terdapat di sembilan daerah dan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Iklan

Tambahnya, media dapat membantu memastikan kempen yang dianjurka itu mendapat nilai liputan yang tinggi dan capaian baik di laman media sosial serta digital.

Baca juga: Panaroma indah Laman Tebu Aidil, destinasi unik sajikan mi kari udang lipan dan punten

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.