Singgang pedas ikan kerisi mudah, dijamin buka selera
JIKA korang sedang mencari lauk mudah untuk berbuka puasa petang nanti, ini menu yang sesuai.
Singgang pedas, juadah yang berkuah dan tidak menggunakan santan.
Terdapat pelbagai resipi singgang pedas ikan tetapi kali ini SinarPlus kongsikan versi Terengganu.
Sedapnya singgang pedas ikan kerisi ini. Makan bersama nasi panas dan ulam-ulaman, memang umph!
Rasanya yang lengkap masam, masin dan pedas serta bauan wangi daun kesum sangat membangkitkan selera.
Tambah lagi, resipinya yang sungguh mudah tetapi sangat sedap dan menyihatkan kerana semuanya direbus.
Cubalah! Pasti puas hati.
Bahan-bahannya;
- 4 ekor ikan kerisi
- 5 biji cili padi
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci lengkuas
- 1/2 inci kunyit
- 3 cawan air
- 5 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
- 2 kuntum bunga kantan dibelah dua
- 8 tangkai daun kesum
Cara-cara membuatnya;
1. Siang ikan kerisi dengan membuang sisik. Basuh bersih dan kelar.
2. Masukkan cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan secawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.
Cuba juga Pepahat masak kam heong, sepinggan kecil pasti tak cukup
3. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, dua cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
5. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama lima minit. Siap!
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.
Sumber: Hanieliza Kamarudin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang