Siri Watch GT 4 Huawei terbaharu berbentuk oktagon memang stail. Dicipta dengan teknologi tinggi untuk wanita & lelaki

A
A
A

HUAWEI tidak pernah berhenti menghasilkan teknologi yang bermutu tinggi.

Selain daripada telefon pintar, mereka memperkenalkan secara eksklusif jam tangan siri Watch GT 4 terbaharu berbentuk oktagon.

Melancarkan inovasi berkenaan di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini, Huawei menerusi kenyataan dalam laman web berkata, pihaknya menampilkan rekaan bezel nipis dengan nisbah skrin ke badan 13 peratus lebih tinggi.

huawei

Baca ni HUAWEI perkenal 3 inovasi MatePad dengan keupayaan lebih mantap, ultra nipis, mudah dibawa ke mana sahaja

"Untuk versi lelaki, siri Watch GT 4 menyediakan paparan skrin seluas 46 milimeter (mm), sementara untuk wanita, 41mm. Di samping itu, terdapat pelbagai warna menarik yang boleh dipilih iaitu hitam, perak, emas, kelabu, hijau dan coklat.

"Menariknya lagi, teknologi HUAWEI TruSeen 5.5 dicipta bagi membantu menjejak kalori menerusi aplikasi Stay Fit baharu," kata Huawei.

huawei

Disenaraikan antara spesifikasi lain Siri Watch GT 4:

Ciri Custom Watch Faces memberi peluang kepada pengguna untuk 'memperibadikan' muka jam dengan cara lebih kreatif.

Lengkap dengan lebih 100 mod senaman dan aktiviti sukan seperti bola sepak, berlari, berbasikal dan berenang.

huawei

Baca lagi Telefon HUAWEI P60 Pro memang lebih pro. Lensa lebih power, bidikan jauh lebih jelas

Skrin AMOLED 1.32 hingga 1.43 inci dan kapasiti bateri bertahan hingga dua minggu.

Ciri Vital Sign Tracker menerusi HUAWEI TruSeen 5.5 membantu mengesan ritma jantung, kadar oksigen dalam badan dan tekanan darah.

huawei

Jenama berkenaan turut menawarkan pembayaran deposit serendah RM50 untuk pratempahan dan orang ramai berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Pembelian boleh dibuat di Lazada , Shopee. Untuk info lanjut, layari https://consumer.huawei.com/my/.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca