MODENAS baru-baru ini memperkenalkan skuter maxi versi baharu, Elegan 250 EX.

Dilengkapi dengan enjin 250cc yang mematuhi piawaian Euro 4, kenderaan tersebut dikatakan boleh memberi kelebihan kepada penjimatan bahan api.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Roskan berkata, model yang terkenal dengan reputasi keselesaan itu didatangkan dengan ciri hebat.

Antaranya desain ergonomik yang baik pada harga RM16,997.

“Piawaian enjin Euro 4 meletakkan peraturan yang lebih ketat berbanding enjin terdahulu.

MODENAS

Pada masa sama, model tersebut turut mempunyai ciri antipelepasan tambahan untuk memastikan toksin dalam gas ekzos dilepaskan seminimum yang mungkin.

“Dengan pengenalan enjin lebih baik, Elegan 250 EX baharu dapat membantu mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar,” katanya.

Baca lagi Program EW MODENAS pilih 6 model untuk jaminan perlindungan waranti tanpa had 2 tahun

Berikut antara spesifikasi Elegan 250 EX:

  • Suntikan bahan api empat lejang dan silinder tunggal, SOHC yang menghasilkan kuasa maksimum 16.5 kW atau 7000rpm dan tork 22.4 Nm atau 6500rpm.

MODENAS

Iklan
  • Berat 195 kilogram dengan rekaan pusat graviti rendah menjadikan pengendalian lebih tangkas.
  • Didatangkan dengan lampu hadapan projektor yang lebih moden dengan LED Daytime Running Light.

Baca juga Kriss 110 Disc Brake, keluaran terbaharu Modenas yang ditunggu-tunggu…

  • Paparan meter kelajuan digital pelbagai fungsi, jam digital, penunjuk voltan bateri dan paras minyak petrol.

MODENAS

  • Soket pengecas USB yang dipasang secara strategik membolehkan penunggang mengecas telefon pintar semasa dalam perjalanan.
  • Ciri keselamatan dengan sistem ABS dwisaluran yang mengelakkan roda terkunci dan memberhentikan skuter dengan selamat.

MODENAS

Modenas Elegan 250 EX kini ditawarkan dengan dua skema warna baharu iaitu matte silver crystal dan petroleum blue yang bertujuan untuk menarik minat orang ramai khususnya golongan lebih muda.

Iklan

Untuk info lanjut, layari www.modenas.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.