Supermodel Korea dedah kesan yang tak disangka pada dirinya selepas diet ekstrem

A
A
A

TIGA tahun lalu, supermodel Korea, Choi So Ra pernah mengejutkan pelayar portal hiburan, Koreaboo.com dengan kisah rutin dietnya yang mana segelintir individu menyifatkan ia terlalu ekstrem dan boleh menjejaskan kesihatan.

Kini nama beliau kembali menjadi sebutan susulan ceritera diet terbabit tular dalam media sosial Facebook baru-baru ini. Pelbagai respons daripada warga maya.

Ada yang berasa kagum, namun segelintirnya pula terus menolak mentah-mentah amalan diet sedemikian. Bagi mereka mengapa perlu menolak nikmat makanan yang enak dan lazat.

Dalam perkongsian terbabit, So Ra yang memiliki ketinggian 179 sentimeter dan berat 47 kilogram memberitahu, ramai yang bertanyakan apakah amalan diet pilihan beliau?

"Lazimnya, saya akan menurunkan berat badan secara ekstrem. Pada acara minggu fesyen misalnya, saya tidak akan makan waima satu hidangan sekalipun.

"Jika pertunjukan fesyen itu berlangsung selama empat minggu, maka sepanjang tempoh itu saya tidak menjamah makanan dan minum air sahaja. Pun begitu, sekiranya tak berdaya saya akan menikmati separuh buah pisang," jelas beliau dalam sesi interviu berkenaan.

tip cantikBICARA supermodel Korea ini sekiranya acara minggu fesyen berlangsung selama
empat minggu, maka sepanjang tempoh itu beliau hanya minum air tanpa menjamah apa-apa makanan.

Bagaimanapun, model berusia 27 tahun itu menyedari bahawa tindakan diet terbabit tidak elok untuk kesihatan sehingga menyebabkan daya ketahanan badannya menjadi lemah.

Lebih memburukkan keadaan kulit badannya bukan sahaja dipenuhi bintik merah, malah beliau hilang tenaga, selalu pengsan dan mendapat ulser mulut.

"Namun begitu, selesai saja minggu fesyen rutin pemakanan kembali normal. Saya mula makan sedikit demi sedikit.

"Sarapan selalunya saya ambil menu yogurt dan kacang, kemudian sayur-sayuran panggang pula untuk hidangan tengah hari.

"Pada sebelah malam, saya hanya menghirup secawan teh. Seminggu sekali untuk makan tengah hari saya akan makan apa saja dalam kuantiti kecil.

"Hasilnya, masalah bintik merah pada badan dan ulser mulut beransur pulih secara perlahan-lahan.

"Tapi, sejujurnya badan saya sukar untuk sihat yang normal kerana ia telah 'cedera'," luahnya.

tip cantikSO RA menasihatkan wanita agar memilih makanan dan gaya hidup sihat untuk menurunkan berat badan berbanding memilih diet ekstrem yang membahayakan kesihatan badan.

Nasihat beliau, jangan sesekali seksa diri dengan menahan lapar semata-mata untuk kurus. Langkah terbaik hanya pilih makanan sihat dalam jumlah yang kecil.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca