JENAMA hijab SofeaRose berada di dalam liganya tersendiri meskipun lambakan label lain hadir silih berganti.

Pengarah Kreatif Sofea Rose, Farrah Aina Sofian Sauri berkata, mana mungkin cabaran itu menenggelamkan semangat beliau dan pasukannya.

Berhenti menjawat jawatan sebagai pegawai farmasi membuktikan kesungguhan Farah Aina menubuhkan SofeaRose yang memfokuskan kepada rangkaian hijab segera (instant).

Farah Aina sangat menekankan keselesaan dalam pemakaian hijabnya sama ada tudung jenis shawl atau bawal sebagai tunjang utama dalam pemilihan sesuatu desain.

Hadir dengan pelbagai rekaan dan rona yang menawan, di samping pemilihan material jenis satin lembut menjadikan jenama tersebut mempunyai ramai peminat setia termasuk dalam kalangan selebriti tanah air.

Baca lagi Penampilan sulung karya anak dalam koleksi fesyen terbaru, Melinda Looi luah rasa bangga dan terharu

Beritahu Farrah Aina, beliau sangat menekankan keselesaan dalam pemakaian hijabnya sama ada tudung jenis shawl atau bawal sebagai tunjang utama dalam pemilihan sesuatu desain.

“Setiap warna tudung yang kami bawakan juga memberi lambang dan tema tertentu,“ katanya.

Justeru, sesuai dengan Oktober sebagai bulan kesedaran kanser payudara, SofeaRose ujar beliau, tampil memperkenalkan koleksi Pinktober yang diberi nama sebagai Carissa Leilani.

Menurut Farrah Aina, dalam himpunan tersebut, beliau sengaja memilih elemen bunga kecil yang minimalis bertemakan The Blooming Worrior Pinktober.

“Corak yang eksklusif itu menjadi simbolik kepada semangat, selain sebagai sokongan kepada para pejuang kanser payudara di negara ini,“ ujarnya penuh keterujaan.

Mengenai seleksi material yang diguna pakai, usahawan jelita itu memilih kain jenis premium cotton voile, sesuai untuk kaum Hawa yang bercita rasa mewah.

Dari segi warna, tidak perlu khuatir. Daripada rona pastel sehinggalah kepada yang terang, semuanya disediakan dan memang menarik pada pandangan mata.

“SofeaRose menekankan konsep keselesaan dan Art To Wear. Pun demikian, jangan risau, kami masih mengekalkan identiti hijab patuh syariah yang mana saiz tudung berukuran lebar dan lebih labuh dibuat.

“Semua helaian sesuai digayakan oleh mereka daripada pelbagai lapisan umur,“ jelasnya yang memahat visi mahu memastikan setiap wanita berfesyen mengikut landasan agama.

ISPIRASI SENI LUKISAN
Sebagai sebuah jenama yang gah, Farrah Aina memberitahu SinarPlus, pihaknya akan mengeluarkan koleksi terbaharu hampir setiap minggu.

Semestinya, idea yang terkini, segar dan eksklusif akan dicurahkan. Untuk SofeaRose, wanita itu berkata, beliau banyak mengambil inspirasi daripada mana-mana lukisan bagi satu-satu rekaan.

“Pada saya, seni lukisan itu sendiri tidak mempunyai syarat. Kita bebas untuk melakukan apa sahaja di atas hamparan kanvas putih tanpa batasan. Seperkara, saya suka melihat paduan warna di dalam sesebuah karya. Harmoni dan padat dengan cerita,“ ujarnya.

Iklan

Justeru, tidak hairanlah apabila SofeaRose menjalin kerjasama dengan pelukis tersohor negara, Prof Yusof Ghani menerusi jelajah Art To Wear.

Baca ni ‘Mak paling rare.’ Anak lelaki dekor majlis hari lahir, reaksi Shiera bebel bab sampah, 3 biji brownies bikin terhibur

Seperti yang dinyatakan tadi, golongan selebriti sangat dekat dengan jenama berkenaan.
Kolaboratif di antara SofeaRose X Erra Fazira (koleksi Primadona) dan dengan Diana Danielle pantas menarik perhatian umum.

Tidak ketinggalan, usaha sama bersama Gula Cakery menerusi SofeaRose x Gula Cakery.

Terbaharu, SofeaRose bergandingan dengan Keretapi Tanah Melayu Bhd bersempena bulan Kemerdekaan Negara ke-65 baru-baru ini.

Iklan

Sejujurnya akui Farrah Aina, tidak mudah untuk bertapak dalam industri yang cukup sengit persaingannya. Apatah lagi, pengguna sentiasa disajikan dengan gagasan dan rekaan yang menarik daripada pesaing lain.

Baca lagi Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

“Namun, kami menjadikan ia sebagai satu cabaran dalam menghasilkan rekaan yang cantik, berkualiti dan paling penting, diterima oleh semua lapisan umur,“ ungkap beliau yang menjadikan Vivy Yusuf sebagai sumber inspirasinya.

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi