Sokong minat anak, Aeril Zafrel & Wawa Zainal hadiahkan chiller untuk bisnes kek batik Hayla
SIAPA lagi yang akan memberi sokongan kepada minat anak-anak jika bukan ibu bapa mereka sendiri, bukan?
Demi memenuhi impian anak perempuan mereka, pasangan selebriti merangkap usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, telah menghadiahkan peti sejuk chiller selepas puteri mereka menunjukkan minat dalam bidang kulinari.
Keputusan itu dibuat selepas Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, memuat naik video Hayla Maghfiratul Adzkiyaa membuat kek batik dan ramai pengikutnya meminta kanak-kanak itu menjual hasil air tangannya.
“Gembira anak ayah dapat chiller. Dia memang minat bakeri.
“Sebagai ayah, akan buat apa sahaja untuk sokong minat anak.
“Ayah doakan Hayla menjadi baker yang berjaya suatu hari nanti,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.

Jelas terpancar kegembiraan si anak apabila melihat kejutan daripada si ayah. Hayla turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya kerana merealisasikan impian kecilnya.
“Terima kasih Mama dan Ayah kerana membuat impian saya berjaya. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan telah membeli kek batik saya. Saya sangat menghargainya,” kata kanak-kanak berusia 10 tahun itu.

Kini, Hayla giat berniaga kek batik, mengikut jejak langkah Aeril dan Wawa menceburi bidang keusahawanan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
