Sosej telur hancur mudah, penuhi selera anak-anak

A
A
A

JIKA sebut sosej dan daging burger, anak-anaklah yang paling teruja.

Biasanya menu lauk harian seperti ayam, daging, ikan, sotong, udang dan sebagainya.

Apa kata kali ini kita ubah sedikit membuat menu mudah hanya menggunakan telur dan sosej.

Selain boleh dimakan bersama roti, ia juga boleh dijadikan lauk untuk dinikmati bersama nasi putih.

Ia hanya menggunakan bahan yang mudah didapati, cara membuatnya juga cukup senang.

Menu ini sangat sesuai dengan mama moden yang sibuk sepanjang hari.

Jimat masa mama dan anak-anak pun pasti sangat berselera.

Sosej telur hancur mudah, penuhi selera anak-anakBahan-bahan:

  • Minyak masak (sedikit)
  • Mentega
  • Sosej
  • Bawang merah (hiris)
  • Cili padi
  • Telur
  • Sos cili

Cuba juga Kerabu pelam muda ringkas buat kecur air liur

Cara-cara membuat;

1. Masukkan minyak masak, mentega, hirisan bawang merah, cili padi, telur (pecahkan duluan ya), tumis sehingga nampak kekuningan dan akhir masukkan sosej dan sos cili.

2. Jangan lupa tambahkan serbuk perasa dan garam.

Sumber : Yatie Owner

Sosej telur hancur mudah, penuhi selera anak-anak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca