BILA sebut sahaja juadah untuk bersahur, pasti menu yang mudah dan menyelerakan jadi pilihan.

Sekurang-kurangnya satu hidangan lauk sudah cukup untuk menjadi santapan sekeluarga bersahur.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Resipi masakan sotong biasanya hanya menggunakan bahan yang minima. Mudah dan ringkas!

Seperti juga sotong goreng lada bersama ubi kentang ini. Cubalah, pasti menjadi pembuka selera ahli keluarga.

Menu ini nampak simple tapi sedap, boleh buat bertambah makan tau.

Bahan-bahannya;

  • 1/2 kilo sotong
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
  • 1 inci halia ditumbuk
  • 2 ulas bawang kecil ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk
  • Ubi kentang dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 6 biji cili padi dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula

Cuba juga Asam rebus ikan bersama nenas cukup rasa, sedap buat sahur

sotong

Cara-cara membuatnya;

1. Gaulkan sotong dengan bahan ditumbuk. Masukkan serbuk kunyit, seketul pati ayam serta garam dan gula. Ketepikan

2. Gorengkan ubi kentang dan ketepikan.

Iklan

Cuba juga Ayam Masak Kicap Kering enak dimakan bersama nasi panas

3. Tumiskan sotong, masak sehingga air sotong kering kemudian masukkan air asam jawa, pati ayam seketul dan ubi kentang yang digoreng tadi.

4. Masak sehingga kuah menjadi pekat kemudian masukkan bawang besar yang dihiris, cili padi dan cili merah. Gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.

Iklan

Sumber: Siti Fatimah

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI