Suntikan lebih segar, moden dan praktikal, rekaan fesyen Rizman Ruzaini tampilkan 10 selebriti daripada generasi berbeza

A
A
A

SETIAP kali menjelang Syawal, pasti buah tangan Rizman Ruzaini (RR) dinantikan ramai terutama pengikutnya.

Aura pereka fesyen terkenal tanah air itu tidak perlu dipertikaikan lagi.

Stailo, berkualiti premium dengan harga mampu milik, itu antara kelebihan yang dimiliki jenama berkenaan.

Terbaharu, RR mencipta fenomena apabila menampilkan 10 selebriti berpengaruh tanah air daripada generasi yang berbeza sebagai RR Muses Royalties.

Baca ni Siti Khadijah lancar koleksi Vouge In Raya, lebih classy, namun tetap patuh syariah

Antara nama hebat yang menjayakan kempen tersebut ialah Mira Filzah, Erra Fazira, Nabila Huda, Diana Danielle, Amelia Henderson, Marsha Milan, Daiyan Trisha, Nabila Razali, Sharifah Rose dan Natasha Hudson.

Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkongsi pandangan tentang pemilihan selebriti tersebut.

Ujarnya, RR mempunyai latar belakang pelanggan yang berbeza dari segi umur mahupun gaya hidup.

Baca ni Tampak mewah dan eksklusif, abaya sentuhan Ezuwan Ismail dijangka laku keras sempena Aidilfitri

Justeru, pemilihan muses dilihat harus sesuai dan tidak hanya fokus kepada satu kumpulan usia sahaja.

"Tambahan, setiap seorang daripada mereka memberi impak berbeza tetapi pada satu objektif yang sama iaitu mengajak rakyat Malaysia untuk ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’,” ujar Rizman.

SEDONDON SEISI KELUARGA

Mengulas lanjut tentang inspirasi koleksi kali ini, RR Kurung Printed misalnya datangnya daripada Kurung Pahang dan Kurung Kedah.

"Istimewanya, setiap selebriti mempunyai lebih daripada satu siri rekaan. Sebagai contoh, Mira Filzah mempunyai empat rekaan iaitu RR Mira in Black Gold, RR Mira in Black Silver, Mira in Maroon dan Mira in Cream.

Baca lagi Koleksi Soultan lambang kemegahan & kebanggaan warisan Melayu, butang baju berbentuk keris jadi tarikan

"Walaupun koleksi ini menampilkan selebriti sebagai wakilan helaian, tetapi rekaannya praktikal dan sesuai untuk digayakan oleh sesiapa saja dan pada bila-bila masa.

Dalam potongan tradisi dengan suntikan lebih segar dan moden semua ditampilkan," katanya sambil memberitahu, setiap busana dijual pada harga RM399 dengan sediaan saiz daripada XS hingga XXXL.

Selain RR Printed Kurung, ujar Rizman, jenamanya turut menampilkan RR Basic Kurung dengan 28 pilihan warna. Setiap satunya dijual pada harga RM299 daripada saiz XS hingga XXXL.

Direka polos, busana tersebut turut menonjolkan rona mewah sebagai daya tarikan.

Bagi memastikan keselesaan buat si pemakai untuk bergaya sepanjang hari,pilihan material jenis Poly Garbedine, cukup sesuai. Malah, ia memberikan jatuhan kain yang sangat cantik.

"Koleksi ini dilihat dapat membantu memenuhi kehendak dan memudahkan kaum Hawa di luar sana untuk tampil bergaya sedondon bersama si dia, keluarga atau kawan-kawan.

"Lebih menarik lagi, setiap helaian mudah untuk disuai padankan dengan apa jua aksesori sebagai pelengkap gaya," katanya.

Jadi, apa tunggu lagi. Buat peminat RR, usah bertangguh lagi, dapatkannya di pasaran sekarang sebelum kehabisan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca