HONDA Malaysia akhirnya memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) mini terbaharu dengan reka bentuk lebih kompak dan bergaya, WR-V Serba Baharu untuk pasaran tempatan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pihaknya sangat teruja untuk mengumumkan jenama baharu SUV kecil untuk segmen bukan nasional di negara ini.

Honda WR-V Serba Baharu akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini dengan ciri yang lebih menawan sekali gus memberikan pengalaman unik kepada pelanggan.

“Bukan sahaja menggabungkan gaya sporty, ia juga dilengkapi dengan teknologi lebih maju dari segi keselamatan, prestasi tertinggi dan kawalan kestabilan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Honda WR-V Serba Baharu

Ujar Yoshimura, varian terkini itu sesuai untuk golongan muda atau sudah berkeluarga yang sedang mencari SUV kecil untuk melengkapkan lagi gaya hidup aktif mereka.

Honda WR-V Serba Baharu yang berukuran 4,060 milimeter (mm) panjang dan 1,780mm lebar itu memiliki ketinggian 1,608mm.

 

Berikut perincian penting model SUV mini pertama tersebut:

i) Tersedia untuk varian RS dengan reka bentuk logo baharu.
ii) Tampil sporty dengan roda aloi dwiwarna 17 inci dan gril hadapan lebih menonjol selain pemegang pintu belakang dengan gaya coupé.

Honda WR-V Serba Baharu
iii) Dilengkapi enjin i-VTEC 1.5L DOHC yang menjana kuasa maksimum 121PS dan tork maksimum 145Nm.

Baca juga Honda Civic e:HEV RS hanya RM166,500, pengenalan tren kuasa hibrid 2.0L curi perhatian

Apa lebih menarik? Kelebihan teknologi G-design shift yang disepadukan dengan transmisi pembolehubah berterusan (CVT) dikatakan memberi keseimbangan dan penjimatan bahan api.

Honda WR-V Serba Baharu

Iklan

Seperti model lain, Honda WR-V Serba Baharu juga tersedia dengan ciri keselamatan komprehensif Honda SENSING.

Antaranya kawalan pemanduan mudah suai (Adaptive Cruise Control), sistem brek tebatan pelanggaran dan amaran pelanggaran hadapan.

Baca juga Seleksi CR-V edisi serba hitam lebih menawan, berikut ciri terbaik yang dipertingkatkan buat peminat Honda

Honda WR-V Serba Baharu

Iklan

Untuk menjamin keselamatan pengguna, ciri Honda LanceWatch dan Honda CONNECT yang boleh diakses melalui telefon pintar.

Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi